Penguatkuasaan akan dikenakan terhadap orang di luar Malaysia yang mengendalikan platfom dalam talian bagi membeli dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan digital.
Lazada Malaysia berkata mereka telah bersedia menerima cukai digital, yang sedang dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kerajaan.
Menerusi Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Kevin Lee berkata pihak mereka sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan berhubung perkara ini.
Di bawah cadangan pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018, mana-mana orang di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian bagi membeli dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan (sama ada orang itu menyediakan sebarang perkhidmatan digital atau tidak) seperti Lazada, akan dikenakan cukai digital.
Cukai itu juga akan dikenakan ke atas pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital yang ditawarkan oleh Spotify, Netflix Inc dan Amazon.com Inc.
Pada April lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata penyedia perkhidmatan digital asing yang berdaftar diminta mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memudahkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus bermula 1 Jan, 2020.
Bagi Belanjawan 2020, Lee berkata, Lazada Malaysia berharap kerajaan akan memberikan lebih banyak sokongan kepada perniagaan dalam platfrom e-dagang.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- SKMM Dalam Perancangan Menggunakan ID Digital Di Malaysia
- Merekod Data Suhu Pelanggan Di Buku Atau Simpanan Digital Adalah Salah
- Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital Dari 25 Hingga 27 Februari 2020
- Digi Bersama Astro Radio Mendigitalkan Perniagaan Usahawan Kecil
- Pertandingan Misi Jelajah Digital Maxis Terbuka Kepada Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5
- Pengguna Masih Keliru Dengan Identiti Digital Kebangsaan
- Western Digital Akan Perkenalkan Storan USB-C Bersaiz 1TB Terbaru Di CES 2020
- Kerajaan Umum PEMANGKIN, 9 Sektor Ekonomi Digital Yang Bakal Jana 49,000 Peluang Pekerjaan
- Dapatkan HUAWEI Band 8 Pada Harga Serendah RM149 Eksklusif Di Lazada
- PDRM Dan LHDN Respon Terhadap Dakwaan Kebocoran Data Pembayar Cukai myIDENTITY