Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Pendekkan Tempoh Pembayaran Bil Mulai 1 Oktober

Astro Bertindak Ke Atas Penjual Kotak TV Android Dengan Kandungan Astro Tidak Sah

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 20, 2023 oleh ariff bukhari

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mendakwa dan mengenakan denda berjumlah RM20,000 terhadap seorang individu bernama Tiew Ai Teng, 38 selepas tertuduh menjual kotak TV yang dimuatkan dengan kandungan Astro yang tidak dibenarkan.

Malah individu itu juga boleh dipenjara selama 2 bulan di bawah Seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987.

Tiew melakukan kesalahan itu pada 29 Jun 2022 di sebuah kedai di EkoCheras Mall, Kuala Lumpur. Tiew didapati memiliki 5 Kotak TV Android yang dipramuat dengan kandungan yang tidak dibenarkan.

Individu itu mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan membayar denda.

Menerusi kenyataan media rasminya, Astro juga memaklumkan, beberapa tindakan undang-undang juga telah dibuat dalam bulan April lalu yang melibatkan beberapa kes termasuklah pendakwaan ke atas seorang pelajar berusia 22 tahun yang didenda oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memiliki pautan tidak dibenarkan untuk siri drama TV tempatan popular pada perantinya.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 telah diwartakan pada 10 Februari 2022.

Penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 18 Mac 2022.

Impak utama pindaan itu adalah terhadap jenayah penjualan peranti penstriman haram (ISD) dan aplikasi perisian berkaitan yang membenarkan akses tanpa kebenaran kepada kandungan hak cipta.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000 atau dipenjarakan sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti cetak rompak kepada pihak KPDNHEP melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Pusat Perintah Penguatkuasaan atau juga melalui WhatsApp di 019-279 4317, e-mel ke [email protected] atau melalui aplikasi Ez ADU.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Astro Umum Saluran Baharu, TVB Magic
  • ASUS ROG Ally Berharga RM3299 Di Malaysia, Boleh Beli Mulai Hari Ini

Sumber: Siaran Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY