Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone iOS 17.1.1

Pepijat Dalam iOS 17.1.1 Dilapor Sebabkan iPhone ‘Membeku’

Diterbitkan November 28, 2023 oleh Amalina Athman

Apple pada hujung Oktober telah mengeluarkan iOS 17.1, yang kemudiannya diikuti iOS 17.1.1 pada awal November. Sehingga iOS terkini dilancarkan, ia menimbulkan beberapa isu kepada pengguna.

Terbaharu, terdapat satu lagi pepijat yang ditemui dalam iOS 17.1.1, yang menyebabkan skrin iPhone ‘membeku’ dan tidak bertindak balas sepenuhnya – input sentuhan, butang kuasa dan kelantangan tidak berfungsi.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Kemas Kini iOS 17.1.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat
  • Lagi Isu iOS 17, Pengguna iPhone Lapor Butang 'Volume' Gagal Berfungsi

Menurut laporan, pepijat itu ditemui dalam App Library pada iOS 17.1.1, seperti yang dikongsi di platform X.

Here's a video. iPhone 13 mini, iOS 17.1.1.

I've seen other people on X replicate this bug on iPhone 14 & iPhone 15 too. pic.twitter.com/TyyZngUECK

— bibasik7 (@bibasik7) November 16, 2023

Untuk lebih jelas, kami juga telah mengujinya sendiri, dan nampaknya ia menjejaskan pelbagai model iPhone. Dalam ujian yang dijalankan, iPhone 14 Pro yang menjalankan iOS 17.1.1 turut terjejas.

Walaupun laporan mengatakan pepijat ditemui dalam App Library, namun adakalanya isu yang sama turut berlaku di luar App Library. Untuk penyelesaian sementara, pengguna boleh melakukan force restart. 

Berkemungkinan isu berkenaan melibatkan pepijat dalam iOS 17.1.1, dan Apple berpotensi membetulkannya dalam kemas kini iOS 17.1.2 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY