Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17_CNET

Lagi Isu iOS 17, Pengguna iPhone Lapor Butang ‘Volume’ Gagal Berfungsi

Diterbitkan November 22, 2023 · Dikemas kini November 23, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak iOS 17 dilancarkan pada September lalu, ia menimbulkan beberapa isu kepada pengguna. Dalam laporan terbaharu, sejumlah pengguna melaporkan isu volume atau kelantangan, dan ya, antara kami di Wiser.my turut mengalami isu yang sama.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • iOS 17.1 Kini Dilepaskan, Ini Antara Yang Baharu
  • Kemas Kini iOS 17.1.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Melalui forum Apple Support Community, seorang pengguna iPhone 15 Pro dengan iOS 17.1 telah memuat naik aduan mengenai isu kelantangan. Menurutnya, dalam sesetengah aplikasi, butang kelantangan gagal berfungsi – dan aduan itu disokong oleh beberapa pengguna yang menjalankan sistem operasi sama.

Sebagai tambahan, pengguna di Facebook turut melaporkan isu kelantangan yang gagal berfungsi pada aplikasi WhatsApp. Ketika ini, siaran itu telah dikongsikan oleh lebih 6,900 pengguna, yang rata-ratanya mengalami isu sama.

https://www.facebook.com/SayNeo1/posts/pfbid0Dfb3mrZmi2BiAiHcVjwENKBCiEgbZ5DUsFrRbGu7vijbyPEU3ajVeGiB5F46WdiPl

Sementara itu, di pihak saya sendiri, juga mempunyai masalah sedemikian dalam beberapa aplikasi yang digunakan, antaranya termasuk di WhatsApp, Shopee dan TikTok.

Jika berbilang aplikasi yang dibuka menggunakan bunyi, maka butang kelantangan tidak dapat mengawal aplikasi semasa. Untuk penyelesaian sementara, pengguna perlu menutup aplikasi latar (background apps) lain yang menggunakan bunyi, dan ia akan kembali berfungsi seperti biasa.

Isu ini tidak hanya berlaku dalam iOS 17.1, malah masih berlanjutan walaupun sudah melakukan kemas kini iOS 17.1.1. Tidak diketahui jika ia berkaitan isu pepijat dalam sistem operasi iOS, atau sebaliknya aplikasi itu sendiri.

Apple dijangka akan mengeluarkan iOS 17.1.2, namun belum diketahui bila ia akan tersedia serta isu yang akan ditangani dalam kemas kini itu kelak.

Gambar utama: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY