Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daun kaduk

Penyelidik UKM Buktikan Khasiat Daun Tempatan Ini Mampu Lawan Darah Tinggi

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

Masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi menjadi salah satu ancaman kesihatan utama di Malaysia apabila menjejaskan hampir satu daripada tiga orang dewasa.

Digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana sukar dikesan tanpa gejala jelas, hipertensi memerlukan perhatian serius serta pendekatan rawatan yang berkesan. 

Di tengah-tengah cabaran ini, satu penemuan ke atas biodiversiti tempatan menawarkan sinar baharu menerusi tumbuhan tradisional yang kerap dijadikan ulam dalam pemakanan rakyat Malaysia iaitu daun kaduk (Piper sarmentosum Roxb.).

Ia selepas penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Madya Dr. Azizah Ugusman bersama pasukannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan bahawa daun kaduk menyimpan potensi kesihatan yang sangat besar bagi kesihatan jantung dan salur darah. 

Kajian saintifik pasukan itu mendapati daun ini kaya dengan sebatian bioaktif yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang tinggi.

Secara khususnya, ekstrak daun kaduk mampu meningkatkan penghasilan nitrik oksid, sejenis sebatian yang berfungsi merangsang pembesaran salur darah secara semula jadi.

 

“…ekstrak daun kaduk juga didapati mempunyai aktiviti antioksidan yang dapat mengurangkan tekanan oksidatif yang sering dikaitkan dengan hipertensi dan penyakit kardiovaskular.” Prof Madya Dr. Azizah Ugusman, Ketua penyelidik dan pakar fisiologi kardiovaskular, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Lebih menarik, kajian itu juga mendapati ia bertindak mengurangkan tekanan oksidatif yang berkait rapat dengan hipertensi serta berpotensi mempengaruhi sistem renin-angiotensin yang merupa tunjang kepada pengawalan tekanan darah dalam tubuh.

Walau bagaimanapun, ujian yang dijalankan masih berada pada peringkat praklinikal. 

Kajian klinikal ke atas manusia masih diperlukan sebelum ia dapat dibangunkan sebagai produk kesihatan atau ubat-ubatan rasmi di pasaran.

Walau apa pun, dapatan ini membuktikan bahawa khazanah alam Malaysia bukan sahaja bernilai sebagai makanan tradisional yang diamalkan sejak dulu lagi, malah mempunyai asas saintifik yang kukuh. 

Dengan sokongan kajian lanjut, daun kaduk dan tumbuhan tempatan yang lain berpotensi besar diangkat sebagai inovasi kesihatan berasaskan sumber semula jadi untuk membantu masyarakat mengawal tekanan darah tinggi secara selamat dan berkesan.

Daun kaduk kini dengan mudah bukan sahaja boleh didapati di pasar, tapi juga boleh dibeli terus dari atas talian di:

  • Shopee – https://invl.me/clnt2ha
  • Lazada – https://invl.me/clnt2he

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran
  • Baka Baharu Ubi Kayu Nuklear Matang Lebih Awal, Berpotensi Dikomersial Dalam Dua Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY