Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Temukan Perisian Hasad Paling Berbahaya Pada Peranti Android

Penyelidik Temukan Perisian Hasad Paling Berbahaya Pada Peranti Android

Diterbitkan Januari 17, 2018 ยท Dikemas kini Januari 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sekumpulan penyelidik dari Kaspersky Lab telah menemukan perisian hasad yang dikatakan sangat berkuasa dan berbahaya, berupaya mencuri teks perbualan WhatsApp yang tidak dinyah sulit daripada telefon pintar Android.

Dikenali sebagai Skygofree, ia mampu mengubah peranti yang sudah “dijangkiti” menjadi sebuah alat perakam seperti merakam video, mengambil gambar, melihat rekod panggilan dan mengakses lokasi semasa pemilik menerusi ciri GPS pada telefon.

Penyelidik mengelaskan ia sebagai perisian hasad paling berkuasa pernah dilihat pada platform Android setakat ini.

Difahamkan Skygofree mula aktif pada 2014 dan sejak daripada itu kebolehan ia mengintip semakin berkembang.

Ujian telah dilakukan untuk menjejaki pembangun perisian terbabit yang membawa kepada nama domain h3g.co, yang mana ia didaftarkan pada sebuah firma IT dari Itali, Negg International.

Walaubagaimanapun, penyelidik tidak dapat memastikan sama ada Negg yang mencipta perisian itu ataupun mereka sekadar dikambing hitamkan.

Sumber: Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY