Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Penyelidik Keselamatan Terima Hampir RM250 Ribu Selepas Lapor Kecacatan Keselamatan Pelayar Chrome

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna aplikasi pelayar Chrome, anda patut segera mengemas kini pelayar anda itu sekarang.

Ini kerana, Google telah melepaskan kemas kini terbaru bagi menampal kecacatan keselamatan kritikal yang telah ditemui dan dilaporkan baru-baru ini.

Penemuan itu membolehkan penyelidik keselamatan yang namanya tidak dedahkan dianugerahkan ganjaran bernilai hampir RM250 ribu (USD55,000).

Google yang menandakan isu itu sebagai CVE-2025-0291 menjelaskan, kerentanan ini memetik Kekeliruan Jenis dalam enjin JavaScript V8 Chrome yang boleh membenarkan seseorang menjalankan kod berniat jahat dari jauh melalui halaman HTML yang dibuat khas atau melancarkan serangan Penafian Perkhidmatan (DoS) pada komputer pengguna.

Ekoran itu, pengguna pelayar Chrome di platform Linux, Mac dan Windows disaran supaya segera mengemas kini pelayar mereka itu kepada versi terkini di mana ia turut mengandungi tampalan bagi membetulkan 4 lagi isu keselematan yang lain.

Berkaitan

  • Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Tiga Sebab Apple Tak Rancang Bangunkan Enjin Carian Sendiri

Sumber: ZDNET, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY