Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penyelidik Di UK Berjaya Pancarkan Data Selaju 938 Gb/saat Secara Wayarles

Posted on Jun 5, 2025Jun 5, 2025

Penyelidik dari University College London (UCL) berjaya mencipta teknologi tanpa wayar baharu yang boleh menghantar data pada kelajuan 938 Gigabit sesaat — iaitu 9,380 kali lebih laju berbanding purata kelajuan muat turun 5G di UK ketika ini.

Kelajuan itu dicapai dengan menggunakan frekuensi yang jauh lebih tinggi (antara 5 hingga 150 GHz) berbanding rangkaian biasa seperti Wi-Fi dan 5G yang hanya beroperasi di bawah 6 GHz.

Ini mengatasi kesesakan dalam frekuensi rendah yang sebelum ini menyekat kelajuan data yang dihantar secara tanpa wayar.

“Sistem tanpa wayar semasa sedang berjuang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk data berkelajuan tinggi. Dengan menggunakan julat frekuensi yang lebih luas, kami bukan sahaja telah meningkatkan lebar jalur tetapi juga memastikan kualiti isyarat yang tinggi, membolehkan rangkaian ultra-pantas dan boleh dipercayai.” Dr Zhixin Liu, penulis utama kertas kerja penyelidikan itu,

Teknologi ini menggabungkan dua sistem buat kali pertama iaitu;

  1. Elektronik berkelajuan tinggi (5-50 GHz)
  2. Fotonik gelombang milimeter (50-150 GHz), iaitu teknologi yang menggunakan cahaya untuk menghantar maklumat radio.

Dengan gabungan ini, mereka menghasilkan isyarat yang lebih kuat dan luas, membolehkan penghantaran data ultra pantas.

Sebagai contoh, filem 4K selama dua jam yang biasanya ambil 19 minit untuk dimuat turun melalui 5G, boleh dimuat turun hanya dalam 0.12 saat pada kelajuan tersebut

Walaupun masih di peringkat makmal, teknologi ini dijangka sedia untuk ujian komersial dalam 3 hingga 5 tahun dan boleh meningkatkan kelajuan serta kestabilan rangkaian Wi-Fi dan 5G, termasuklah versi masa depan seperti 6G.

Teknologi ini juga berpotensi digunakan di tempat yang sukar dipasang kabel, seperti kilang atau kawasan padat pengguna seperti konsert dan stadium.

{suggest}

Sumber: UCL  – University College London

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress