Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mitos 5G Bahaya Terjawab, Kajian Terkini Buktikan Sel Manusia Langsung Tidak Terjejas

Mitos 5G Bahaya Terjawab, Kajian Terkini Buktikan Sel Manusia Langsung Tidak Terjejas

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh ariff bukhari

Walaupun WHO dan kajian lain sebelum ini telah menyatakan bahawa 5G selamat, tetapi isu ini masih hangat dibincang kerana beberapa kajian terdahulu menunjukkan keputusan yang berbeza.

Jadi, sekumpulan penyelidik telah menjalankan satu kajian saintifik terbaru berkaitan ini bertujuan menutup perdebatan ini.

Dalam eksperimen yang sangat ketat itu, saintis mendedahkan sel kulit manusia kepada gelombang elektromagnetik yang 10 kali lebih kuat daripada had selamat yang ditetapkan iaitu jauh lebih tinggi daripada apa yang dipancarkan oleh menara 5G sebenar selama sehingga 48 jam.

Dengan menggunakan dua jenis sel kulit manusia, penyelidik memantau tindak balas genetik serta perubahan dalam aktiviti DNA.

Hasilnya? Tiada apa-apa yang berlaku pada sel tersebut.

“Keputusan kami menunjukkan dengan jelas bahawa dalam sel-sel kulit manusia, walaupun dalam keadaan terburuk, tiada perubahan yang signifikan dalam ekspresi gen atau pengolahan corak yang diperhatikan selepas terdedah.”

Walaupun mereka menguji pelbagai tahap kekuatan dan frekuensi gelombang 5G (termasuk yang paling tinggi), tiada kesan ketara ditemui berlaku pada sel-sel tersebut.

Satu-satunya sel yang menunjukkan perubahan ialah yang terdedah kepada cahaya UV dan hasil itu memang dijangkakan mereka.

Malah, mereka menguji semula data secara rawak untuk memastikan tiada kesilapan dalam keputusan yang diperoleh.

Dalam laporan kajian itu, penyelidik menyimpulkan, pendedahan sel kulit manusia kepada gelombang 5G, walaupun 10 kali ganda lebih tinggi dari had selamat, tidak menunjukkan kesan negatif, selaras dengan fakta sains bahawa tenaga gelombang ini terlalu rendah untuk merosakkan sel.

Kajian ini sekali gus menyangkal sepenuhnya mitos bahawa 5G membahayakan kesihatan manusia. Penyelidik itu berharap dapatan kajian mereka ini dapat menamatkan kekeliruan awam dan konspirasi palsu berkaitan 5G.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Teknologi Fiber Optik Jepun Hantar 1 Petabit Data/saat Sejauh 1,808km
  • CelcomDigi Perkenal Prepaid 5G NX & UV - Pas Bulanan Serendah RM25

Sumber: PNAS Nexus | Oxford Academic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY