Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Fiber Optik Jepun Hantar 1 Petabit Data/saat Sejauh 1,808km

Teknologi Fiber Optik Jepun Hantar 1 Petabit Data/saat Sejauh 1,808km

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh ariff bukhari

Satu pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Makmal Rangkaian Fotonik di Institut Kebangsaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jepun (NICT) bersama Sumitomo Electric (Sumitomo Electric Industries, Ltd) telah mencipta sejarah apabila berjaya menghantar data pada kelajuan 1.02 petabit sesaat merentasi jarak sejauh 1,808 kilometer iaitu kira-kira jarak dari Sapporo ke Fukuoka, atau Berlin ke Naples.

Kejayaan ini dicapai dengan menggunakan kabel fiber optik 19-teras yang direka khas tapi berdiameter standard (0.125 mm) yang masih serasi dengan infrastruktur sedia ada.

Teknologi Fiber Optik Jepun Hantar 1 Petabit Data/saat Sejauh 1,808km
Rajah menunjukkan gentian optik 19 teras yang dibangunkan Sumitomo Electric yang dipasangkan dengan diameter penyaduran standard.

Ini menjadikan ia bukan sahaja sangat pantas, tetapi juga praktikal untuk digunakan dalam sistem sebenar.

Sebelum ini, kelajuan setinggi ini hanya boleh dicapai pada jarak pendek.

Namun, kali ini pasukan penyelidik berjaya menggabungkan teknologi fiber optik baharu dengan sistem penguatan isyarat canggih yang membolehkan transmisi jarak jauh tanpa hilang kelajuannya.

Teknologi Fiber Optik Jepun Hantar 1 Petabit Data/saat Sejauh 1,808km
Gentian optik baru dengan diameter lapisan standard dan rekod dunia yang dicapai oleh NICT.

Pencapaian ini sekali gus mencatatkan rekod dunia dalam “kapasiti x jarak” yang menunjukkan potensi besar untuk masa depan internet ultra-pantas, khususnya apabila dunia memasuki era selepas 5G di mana trafik data akan meningkat secara mendadak.

Teknologi ini memberi harapan baharu untuk menyokong sambungan internet berkelajuan tinggi antara bandar-bandar besar, seperti rangkaian antara negara atau benua.

Keputusan kajian ini telah pun dibentangkan di Persidangan OFC 2025 di San Francisco dan diiktiraf sebagai kertas penyelidikan paling penting dalam bidang komunikasi fiber optik tahun ini.

Berkaitan

  • Internet Kini Berusia 42 Tahun
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja

Sumber: NICT – National Institute of Information and Communications Technology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY