Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjual Di China Didakwa Beli Pukal GPU RTX 5090 Kemudian Jual Sebagai Workstation AI

Penjual Di China Didakwa Beli Pukal GPU RTX 5090 Kemudian Jual Sebagai Workstation AI

Diterbitkan September 14, 2026 · Dikemas kini September 14, 2026 oleh ariff bukhari

Harga kad grafik GeForce RTX 5090 semasa pelancaran adalah sekitar USD2,000 (~RM8,080), namun ia kini melonjak sehingga USD5,000 (~RM20,200) di Amerika Syarikat dan lebih €5,200 (~RM22,688.00) di Eropah.

Punca utama kepada isu kenaikan ini bukanlah disebabkan oleh gamer, tetapi syarikat AI yang membeli kad grafik ini secara pukal untuk membina pelayan multi-GPU.

Malah, memburukkan lagi keadaan, terdapat ramai penjual di China dilapor mengumpulkan kad RTX 5090 daripada pelbagai sumber dan memasangnya menjadi stesen kerja AI untuk dijual.

HKEPC telah menyiarkan gambar-gambar yang diambil menunjukkan penjual dari China memasang pelayan AI untuk dijual menggunakan kad grafik GeForce RTX 5090.

Imej-imej tersebut memaparkan palet yang penuh dengan GPU permainan serba baharu yang sedang menunggu untuk dikeluarkan daripada kotak dan dipasang ke dalam sistem berbilang GPU.

https://x.com/hkepcmedia/status/2097959743994388735?s=20

Ini bukanlah kad RTX PRO 6000 mahupun pemecut khusus untuk pusat data.

Ia merupakan kad GeForce RTX 5090, iaitu produk yang sama dijual dan dipasarkan oleh NVIDIA kepada para pemain permainan PC.

Walaupun RTX 5090 direka sebagai kad gaming, permintaan AI menjadikannya seakan produk pusat data.

Fenomena ini mengingatkan kembali era ledakan kripto, di mana GPU gaming diborong untuk melombong mata wang digital, meninggalkan komuniti gamer dengan stok terhad dan harga melampau.

NVIDIA cuba mematuhi sekatan eksport dengan memperkenalkan varian RTX 5090 D yang dikurangkan prestasi AI, namun versi penuh tetap dibeli secara besar-besaran.

Syarikat itu dijangka tidak akan mengehadkan lagi prestasi AI kerana pertumbuhan pasaran ini terlalu menguntungkan.

Kesannya, gamer kini berdepan realiti pahit, kad grafik generasi baharu yang sepatutnya membawa pengalaman gaming terbaik telah berubah menjadi komoditi utama dunia AI. 

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • ROG G1000 Tiba Di Malaysia, Desktop Gaming Berharga RM29,999
  • Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY