Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Robot Humanoid XPENG Mula Berjalan Keluar Sendiri Dari Kilang

Posted on September 14, 2026September 14, 2026

XPENG melakar sejarah baharu dalam industri robotik apabila memulakan pengeluaran robot humanoid termaju mereka, IRON.

Malah, robot humanoid itu berjaya melangkah keluar dari barisan pengeluaran secara autonomi, sekali gus menandakan satu lonjakan besar daripada pembuatan prototaip R&D kepada pengeluaran di barisan pengilangan.

Fasiliti pembuatan baharu ini mengintegrasikan piawaian automotif berketepatan tinggi dengan tahap automatik melebihi 80 peratus.

IRON direka khas menyerupai struktur fizikal manusia dengan 76 darjah kebebasan pada badan (DOF) serta 21 pada setiap tangan bagi memastikan ketangkasan pergerakan.

Dijana oleh tiga cip Turing AI yang memberikan kuasa pengkomputeran sehingga 2,250 TOPS, IRON mampu melaksanakan pelbagai tugas kompleks secara kendiri, tanpa operasi kawalan jarak jauh.

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng, memakaikan lencana kakitangan IRON, sebagai simbol bahawa ia telah secara rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan XPENG.

Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng, menyifatkan perkembangan ini sebagai permulaan kategori produk baharu yang bakal berfungsi sebagai pembantu kehidupan harian. 

XPENG merancang pengeluaran IRON pada sakala besar menjelang akhir tahun 2026 ini, manakala pelancaran pasaran domestik (China) dan antarabangsa dijadualkan bermula pada tahun 2027.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress