Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Penjawat Awam Tak Boleh Aktif Layari Media Sosial Waktu Kerja – CUEPACS

Diterbitkan Jun 17, 2025 ยท Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan bahawa penjawat awam tidak boleh aktif menggunakan media sosial seperti TikTok dan Facebook ketika bertugas.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata, penjawat awam perlu memberi tumpuan penuh kepada tugasan semasa waktu kerja, selaras dengan surat edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak Jun 2013.

Penggunaan media sosial tanpa keperluan rasmi ketika bertugas boleh dianggap menjejaskan produktiviti dan melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh itu, CUEPACS menasihatkan semua penjawat awam agar mematuhi garis panduan ini demi menjaga integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Mengulas lanjut, Adnan berkata pihaknya tidak mempunyai akses kepada jumlah sebenar penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan tersebut.

Namun, beliau difahamkan JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mempunyai mekanisme pemantauan dan rekod.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua penjawat awam untuk terus mengekalkan tahap profesionalisme tinggi dan menggunakan media sosial sebagai alat positif untuk menyampaikan maklumat yang membina serta bukannya mencemarkan nama baik jabatan atau kerajaan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial
  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius
  • MCMC Lancar PRIME - Sistem Komunikasi Bergerak Untuk Kecemasan, Bencana

Sumber: Harian Metro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY