Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengurus AI Pertama Di Dunia Dilancar, Usahawan Solo Kini Ada Pasukan AI Sendiri

Pengurus AI Pertama Di Dunia Dilancar, Usahawan Solo Kini Ada Pasukan AI Sendiri

Diterbitkan September 9, 2025 ยท Dikemas kini September 9, 2025 oleh ariff bukhari

Bika.ai dilancarkan sebagai pengurus AI (AI Organizer) pertama di dunia, yang bertindak sebagai pengurus kepada pasukan AI lain.

Ia hadir untuk menyelesaikan masalah produktiviti manusia yang terlalu sibuk mengarah dan menyunting hasil kerja AI lain.

Jadi, Bika. ai untuk menyusun, mengurus dan mengkoordinasikan pelbagai agen AI agar berfungsi seperti sebuah organisasi yang lengkap.

Pengurus AI Pertama Di Dunia Dilancar, Usahawan Solo Kini Ada Pasukan AI Sendiri

Berbeza dengan AI biasa, ia membolehkan individu, termasuk usahawan solo, penasihat kewangan, pemasar dan profesional insurans mengendalikan pasukan AI seolah-olah mengurus sebuah syarikat.

Sebagai contoh, penasihat kewangan boleh memantau data pasaran dan laporan visual dihantar secara automatik setiap pagi.

Usahawan solo pula boleh mengarahkan AI untuk pelbagai peranan termasuklah jualan, sokongan dan produk. Ini menjadikan walau hanya satu orang dalam syarikat, tapi ia berfungsi seolah satu pasukan penuh.

Pengurus AI Pertama Di Dunia Dilancar, Usahawan Solo Kini Ada Pasukan AI Sendiri
Konsep ini dilihat sebagai langkah penting menuju tahap kelima pembangunan AI Organizer iaitu tahap tertinggi, di mana AI mengurus AI lain. AI kini bukan sekadar alat, tetapi sebuah tenaga kerja digital yang tersusun.

Dengan Bika.ai, manusia boleh memberi tumpuan kepada visi, kreativiti dan kepimpinan, sementara tugas rutin dikendalikan AI.

Bika.ai boleh diakses secara percuma tapi dengan limitasi. Langganan bulanan atau tahunan turut ditawar untuk pelan inidividu, pasukan, perniagaan dan syarikat pada harga bermula USD16 (~RM75)/bulan .

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra
  • DuckDuckGo Kini Sertakan GPT-5 Dan Model AI Premium Dalam Pelan Langganan ~RM42 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY