Susulan dari pewartaan Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan) Perintah Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang awalnya dikuatkuasakan bermula 4 Julai telah ditangguhkan kepada 1 Januari 2023.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan ini ingin memberi jaminan kepada pengguna supaya tidak terlalu bimbang seolah-olah pewartaan ini akan menyebabkan kenaikan harga.
Menurutnya lagi, beliau telah memberi amaran kepada pengilang dan pengimport untuk tidak menggunakan ini sebagai alasan untuk menaikkan harga.
Jelasnya lagi, sewaktu tarikh 4 Julai diputuskan, beliau telah mengambil kira penguatkuasaan pemakaian pelitup muka akan sampai masa tidak lagi diwajibkan.
Oleh sebab itu, pada awalnya, ada jarak masa beberapa bulan sebelum pewartaan ini dikuatkuasakan.
Setelah mengambil kira maklum balas semua pihak, KPDNHEP akhirnya bersetuju supaya penguatkuasaan ditangguhkan kepada 1 Januari 2023.
Sumber: Astro Awani
Baca juga: