Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penguat Kuasa JPJ Guna Kamera Badan November Ini

Penguat Kuasa JPJ Guna Kamera Badan November Ini

Diterbitkan Oktober 14, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2025 oleh Amalina Athman

Bermula November ini, pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan menggunakan Alat Perakam Badan (BWC) bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta meningkatkan integriti dan ketelusan perkhidmatan awam.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagi fasa pertama, sebanyak 100 unit BWC akan digunakan pegawai penguat kuasa JPJ, melibatkan ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta.

Inisiatif ini telah dibincangkan selama bertahun-tahun dan akhirnya kita mendapat peruntukan (untuk laksanakan). Jadi, fasa kedua nanti semua anggota penguat kuasa JPJ akan memakainya apabila mereka menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Beliau menambah penggunaan BWC menandakan komitmen JPJ untuk melaksanakan penguatkuasaan berasaskan bukti dan memastikan setiap tindakan di lapangan dapat dirakam, dinilai dan dipantau secara objektif.

Pegawai yang terlibat dalam operasi khas, terutamanya berkaitan isu lebih muatan, akan memakai kamera badan kerana berdepan dengan risiko yang tinggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata JPJ yakin pelaksanaan inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi budaya kerja penguatkuasaan, meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan tindakan JPJ serta memperkukuh keberkesanan sistem tadbir urus dan akauntabiliti perkhidmatan awam.

Berkaitan

  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan
  • 600 Unit Kamera Badan Untuk Pegawai Imigresen - Saifuddin Nasution
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY