"Jadi perlu ada kawalan, regulasi terhadap penggunaan dron. Cuma masalahnya dron ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan" ujarnya lagi.
Nur Jazlan berkata Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan berkenaan penggunaan dron yang dilihat akan menjejaskan privasi orang awam.
"Kita akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai regulasi terhadap dron atau alat yang boleh terbang dengan berat lebih 25kg yang dilesenkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Penerbangan Awam(DCA)" tambahnya lagi.
Beliau berkata pada ketika ini masih tiada undang-undang khusus berkaitan pengintipan menggunakan dron kerana pada beliau ianya merupakan tanggungjawab Kementerian Pengangkutan. "Penggunaan dron semakin meluas dan perlu ada kementerian yang kawalselia".
Nur Jazlan turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan kapal terbang apabila penggunaan dron menganggu lalu lintas udara yang akan menjejaskan keselamatan.
Sumber: Harian Metro
Berkaitan
- Samsung Galaxy Watch Active2 Boleh Dibeli Pada Harga Bermula Dari RM1099
- Nokia 6.1 Plus - Comel Tapi Mahal?
- Honor 8 Bakal Di Lancarkan Pada Hujung September Ini.
- Menteri Desak TM Beri Penjelasan Mengenai Pelan Streamyx Kepada Pelanggan
- Kemungkinan Besar Ini Adalah Senarai Harga iPhone Xs, Xs Max dan XR Bagi Pasaran Malaysia
- Apple Melancarkan Kemaskini watchOS 3.1.1 Yang Menyebabkan Apple Watch Tidak Berfungsi
- Android Chrome Akan Letakkan Search Bar Di Bahagian Bawah Skrin
- Xiaomi Menjadualkan Acara Rasmi Untuk MWC 2019 Pada 24 Februari
- Huawei Y9, Satu Lagi Fon Bawah RM1,000 Yang Buat Tulang Rusuk Bergetar
- Nasib Pembangun PUBG Mobile Kini Kian Terancam