Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac

Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac

Diterbitkan Mac 30, 2026 · Dikemas kini Mac 30, 2026 oleh ariff bukhari

Windows masih menjadi pilihan utama organisasi kerana kos lebih rendah dan kesetiaan kepada jenama OEM seperti Dell, Lenovo dan HP.

Namun, laporan terbaharu Omnissa mendedahkan perbezaan ketara antara prestasi Windows dan Mac dalam persekitaran perusahaan.

Data menunjukkan komputer Windows mengalami lebih banyak masalah kestabilan berbanding Mac di mana Windows 7.5 kali ganda lebih banyak aplikasi tergantung (hang), 2.2 kali ganda lebih banyak aplikasi crash sehingga perlu dihidupkan semula, dan 3.1 kali ganda lebih banyak gangguan sehingga memaksa sistem operasi PC di tutup (shut down).

Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac

Windows sering dibebani dengan terlalu banyak agen sistem sehingga menjejaskan kestabilan.

Dari segi keselamatan, kadar kemaskini Windows juga lebih perlahan berbanding Apple, menjadikan sektor kritikal seperti kesihatan dan pendidikan lebih terdedah kepada risiko.

Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac

Dari segi jangka hayat pula, 90% peranti Windows dalam rangkaian Omnissa berusia kurang daripada tiga tahun, manakala hanya 2% melebihi lima tahun.

Sebaliknya, Mac menunjukkan ketahanan lebih baik dengan 11.5% masih digunakan selepas lima tahun.

macOS Sonoma Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Macintosh Hari Ini
Mac menawarkan jangka hayat lebih panjang dan pengalaman pengguna lebih lancar.

Kejayaan cip Apple Silicon meningkatkan prestasi serta kecekapan haba, menjadikan Mac lebih stabil.

“Data kami menunjukkan bahawa cip Intel dalam Mac perusahaan mempunyai purata output terma 65.2°C, manakala silikon siri-M Apple kekal sejuk pada suhu hanya 40.1°C, sekali gus menghapuskan pertukaran prestasi/terma.”

Kadar kemaskini OS juga lebih pantas, membantu organisasi menutup jurang keselamatan dengan segera.

Dari sudut pengalaman pekerja juga Mac mencatatkan skor DEX lebih tinggi, dengan gangguan sistem yang jauh lebih rendah.

Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac
Kajian Omnissa sekali gus mendedahkan bahawa peranti Mac secara konsisten memberikan asas pengalaman pengguna positif yang lebih tinggi berbanding peranti Windows.

Faktor utama kepada kelebihan ini ialah kawalan penuh Apple terhadap ekosistem perisian dan perkakasan.

Kesimpulannya, laporan Omnissa ini mengesahkan persepsi lama bahawa Windows lebih mudah terdedah kepada gangguan, sementara peranti Apple bukan sahaja lebih stabil tetapi juga lebih tahan lama dan cekap dalam pengurusan kemas kini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Apple 50 Tahun: 5 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Pembuat iPhone Ini
  • Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY