Pengguna Time Internet Mula Terima Naik Taraf Kelajuan Sehingga 1Gbps

Menuruti pesaing mereka dalam meningkatkan kelajuan internet, Time dilaporkan sudah mula menaik taraf kelajuan internet yang dilanggan pengguna.

Digarap dari laporan Lowyat.net, terdapat beberapa perkongsian pengguna dalam Forum Lowyat.net yang menyatakan mereka sudah mula menerima naik taraf kelajuan daripada Time.

Difahamkan naik taraf kelajuan adalah seperti berikut,

  • Pelan 100Mbps > 500Mbps
  • Pelan 300Mbps > 800Mbps
  • Pelan 500Mbps > 1Gbps

Turut disebut, adalah perkongsian ahli dalam grup Facebook PC Gaming Community [Malaysia], pakej internet mereka sudah dipertingkatkan.

Dikhabarkan juga syarikat pengendali internet ini akan membuat pengumuman tidak lama lagi dan untuk itu, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Lowyat.net

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408