Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee (1)

Pengguna Shopee Kelak Boleh ‘Return’ Barang Jika Ubah Fikiran

Diterbitkan Februari 28, 2024 · Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa 19 Mac 2024, semua produk di Shopee akan dilindungi di bawah ciri Change of Mind (COM) atau Perubahan Fikiran bagi program Pemulangan Semula.

Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu dan tidak terpakai bagi sesetengah kategori produk.

Berkaitan

  • Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500
  • Shopee Umum Kenaikan Kadar SST Kepada 8% Bermula Mac
  • 'Shopee Instant Delivery' Kini Dibeberapa Kawasan Terpilih Di Johor

Bagi mengetahui sekiranya produk yang dibeli adalah layak untuk pemulangan disebabkan perubahan fikiran, ia akan ditandakan dengan bendera “Free Return” seperti imej di bawah.

Pengguna Shopee Kelak Boleh ‘Return’ Barang Jika Ubah Fikiran

Perlu diketahui, pemulangan semula item kepada penjual perlu dilakukan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran pesanan.

Pengguna Shopee Kelak Boleh ‘Return’ Barang Jika Ubah Fikiran

Menurut Shopee, hanya pemulangan produk yang dibeli melalui “Mall” akan diperiksa oleh Shopee.

Sementara pemulangan produk lain akan dihantar terus kepada penjual.

Pengguna Shopee Kelak Boleh ‘Return’ Barang Jika Ubah Fikiran

Sekiranya keadaan item tidak memenuhi jangkaan seperti pesanan, penjual boleh membangkitkan pertikaian tuntutan dalam tempoh 3 hari selepas item dipulangkan.

Melalui ciri ini, penjual akan menanggung Yuran Penghantaran Hadapan (FSF) dan Yuran Penghantaran Pulangan (RSF) pada pesanan Pulangan/Bayar Balik.

Bagaimanapun, penjual boleh memilih untuk melanggan Program Penjimatan Yuran Penghantaran Penjual untuk menikmati penjimatan kos dan masa tambahan.

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY