Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Tidak Tergesa-Gesa, Permintaan Untuk iPhone 16 Pro Lemah Dari Dijangka – Penganalisis

Pengguna Tidak Tergesa-Gesa, Permintaan Untuk iPhone 16 Pro Lemah Dari Dijangka – Penganalisis

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh ariff bukhari

Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo dalam analisisnya baru-baru ini berkata, permintaan untuk iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max  “lebih rendah daripada jangkaan” sejak peranti itu tersedia untuk pra pesanan di AS dan berpuluh-puluh negara lain sejak Jumaat minggu lalu.

Kuo berkata, datanya adalah berdasarkan “tinjauan rantaian bekalan” dan anggaran penghantaran yang disenaraikan di stor Apple dalam talian.

Kuo menganggarkan bahawa jualan keempat-empat model iPhone 16 mencecah kira-kira 37 juta unit pada hujung minggu pertama selepas Apple mula menerima prapesanan, yang turun hampir 13% berbanding jualan hujung minggu pertama siri iPhone 15 tahun lepas.

Penganalisis itu berkata, faktor utama penurunan itu ialah permintaan yang lebih rendah untuk model Pro, dengan jualan hujung minggu pertama iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max masing-masing dianggarkan turun 27% dan 16%, berbanding jualan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dalam tempoh yang sama tahun lepas.

iPhone 16 dan iPhone 16 Plus telah menyaksikan permintaan yang lebih tinggi daripada iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada hujung minggu pertama jualan, tetapi ini tidak mencukupi untuk mengimbangi permintaan yang lebih rendah untuk model Pro, menurut Kuo.

Menurut Kuo lagi, sebab utama model iPhone 16 Pro mempunyai permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan ialah Apple Intelligence tidak akan tersedia pada peranti apabila ia dilancarkan pada hari Jumaat lalu

Sebaliknya, ciri Apple Intelligence pertama hanya akan dilancarkan dengan iOS 18.1 pada bulan Oktober nanti.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY