Tahun 2024 ini kita boleh nampak yang telefon berkelas pertengahan begitu serius dalam penawaran kamera cukup baik. Ia sudah setanding dengan kualiti andalan (flagship).
Tambahan lagi, beberapa ciri yang sudah ditawarkan pada telefon andalan yang berharga premium telah diberikan dalam telefon berkelas pertengahan yang harganya lebih mampu milik.
Salah satu telefon hadir dengan ciri andalan ialah vivo V30 Pro. Siri V daripada vivo kali ini sudah memberikan sistem kamera ZEISS. Sebelum ini, ia terhad kepada model premium siri vivo X sahaja.
Bukan sahaja vivo, pesaingnya lain turut tidak mahu ketinggalan dalam berbuat demikian. Yang terkena tempiasnya adalah pengguna kerana makin keliru mahu pilih telefon mana.
Oleh yang demikian, jangan pening kepala. Artikel ini akan membawa anda kepada pertarungan gambar potret antara vivo V30 Pro bersama dua pesaing “pro-nya” yang berada dalam kelas pertengahan premium sama serta memfokuskan fotografi juga, khususnya gambar potret.
Untuk berlaku adil, kesemua telefon pintar diambil menggunakan mod auto dan profil warna juga ditetapkan pada ‘natural’ sahaja.
Perbandingan Gambar vivo V30 Pro vs Telefon H vs Telefon O
Seperti yang diberitahu, kesemua peranti memasarkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam menghasilkan gambar potret. Jadi di sini, anda boleh lihat beberapa keping gambar perbandingan potret bagi ketiga-tiga peranti.





Bukan itu sahaja, potret swafoto pun disertakan sekali.

Bagaimana waktu malam pula? Fotografi potret waktu malam bakal teruji bagi kesemua peranti memandangkan situasi sebegini agak sukar untuk mendapatkan hasil yang baik.





Mungkin anda gemar untuk mengambil gambar biasa, iaitu selain daripada potret. Ini kerana, bukan setiap masa mahukan gambar potret bukan?
Adakah anda boleh meneka manakah vivo V30 Pro? Gambar pertama dari kiri ialah vivo V30 Pro. Sementara tengah telefon H dan kanan sekali telefon O.
Apa Kelebihan vivo V30 Pro Berbanding Pesaingnya?

Sekiranya anda terlupa, vivo V30 Pro satu-satunya telefon pintar yang hadir dengan tiga lensa 50MP serta penggunaan sistem ZEISS Optics berbanding pesaingya lain.
Kelebihan paling ketara yang boleh dilihat pada vivo V30 Pro adalah potret waktu malamnya.
Jika dibandingkan jenama H dan jenama O, agak sukar untuk dapatkan gambar baik pada situasi tersebut.

Perkara ini tidak berlaku untuk vivo V30 Pro kerana peranti ini hadir dengan Aura Light 3.0. Ia bukanlah ‘flash’ biasa dalam telefon pintar lain.
Aura Light 3.0 hadir dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Smart Colour Temperature Adjustment di mana membolehkan cahaya ditala pada subjek mengikut kesesuaian tempat. Sekali gus, situasi kurang cahaya pun anda masih dapat gambar yang terang.
Tambahan lagi, mod potret vivo V30 Pro sama dengan model andalan siri vivo X. Anda boleh pilih bokeh yang anda minat kerana vivo menawarkan 6 lensa ZEISS popular. Malah, tona warna kulit juga tampak lebih semula jadi.
Kesimpulan

Setiap telefon pintar ada keunikan mereka tersendiri. Namun, vivo V30 Pro mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya lain terutama gambar potret. Tidak kira siang atau malam, anda masih mampu mendapatkan gambar potret yang cantik.
Selain itu, vivo V30 Pro adalah pertama dalam siri ini yang menawarkan sistem kamera ZEISS. Jadi, anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan hasil gambar seakan lensa ZEISS.
Kepada anda yang memang penggemar potret, vivo V30 Pro boleh dimiliki pada harga RM2,599 sahaja.
Klik pautan untuk beli – https://linktr.ee/vivov30series
*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia






