Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S23 Ultra

Pengguna Reddit Dakwa Gambar Bulan Samsung Galaxy S23 Ultra Palsu

Diterbitkan Mac 13, 2023 oleh Firdaus

Samsung S23 Ultra mempunyai sistem kamera yang sangat berkemampuan dan berprestasi tinggi. Namun, terdapat satu dakwaan yang muncul di Reddit bahawa gambar bulan daripada ciri Space Zoom S23 Ultra telah digantikan dengan imej bulan beresolusi tinggi melalui proses pintar.

Reddit user ibreakphotos discovers that Samsung's 'Space Zoom' simply replaces user's moon photos with higher-res images of the moon through a clever testing process. https://t.co/5cLybMld5s

This isn't computational photography — it's inserting imagery that simply isn't there. pic.twitter.com/67UyyUa7cX

— Halide + Kino aka halideapp.bsky.social (@halidecamera) March 11, 2023

Dakwaan Pengguna Reddit

Berdasarkan sumber, pengguna Reddit (ibreakphotos) itu memuat turun imej bulan beresolusi tinggi, mengecilkan saiznya dan menggunakan kabur gaussian untuk membuang sebarang butiran jelas permukaan.

Selepas itu, beliau mengambil gambar bulan yang disunting oleh Galaxy S23 Ultra dari jauh untuk dibandingkan.

Pengguna Reddit Dakwa Gambar Bulan Samsung Galaxy S23 Ultra Palsu
Kiri: Imej yang dimuat turun Kanan: Imej yang diambil oleh S23 Ultra

Beliau mendapati S23 Ultra menghasilkan gambar dengan perincian yang jauh lebih baik daripada foto beresolusi tinggi yang telah dikaburkan itu.

Oleh itu, beliau membuat konklusi bahawa gambar bulan daripada S23 Ultra ini adalah palsu.

Samsung Galaxy S23 Ultra Mempunyai AI Yang Berprestasi

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengguna lain yang tidak bersetuju dengan pendapat di atas. Mengikut mereka, AI dalam ciri Super Zoom S23 Ultra telah dilatih untuk mengenal pasti pelbagai imej permukaan bulan.

Galaxy S23 Ultra Epic Zoom

Oleh itu, peranti ini mampu mengenal pasti dengan cekap akan sebarang permukaan bulan yang dikesan melalui lensa kameranya.

Selain itu, peranti ini menggunakan model AI Deep Learning untuk menunjukkan permukaan bulan dalam semua jenis situasi seperti keadaan bulan penuh, bulan separa dan lain-lain.

Penggambaran AI Sudah Lama Hadir Dalam Industri

Untuk pengetahuan pembaca, ciri kamera AI sudah lama digunakan dalam industri telefon pintar. Malahan, peranti Apple iPhone sudah mempunyai dan memanfaatkan ciri ini sudah menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

Berkaitan

  • realme Mungkin Perkenalkan Peranti Boleh Lipat Tidak Lama Lagi
  • 11 Fungsi Utama Dan 5 Tugas Tambahan MCMC Yang Patut Anda Tahu
  • Cukai Barang 'Online' Bawah RM500 Ditangguh - Kastam
  • TM Dan ZTE Bekerjasama Untuk Rangkaian 5G Awan
  • Nikmati Diskaun foodpanda Sehingga RM8.50 Sempena Ketibaan Ramadan

Sumber: Reddit, Twitter, Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY