Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Empat Personaliti Pembelian Ini Ditemui Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Cukai Barang ‘Online’ Bawah RM500 Ditangguh – Kastam

Diterbitkan Mac 13, 2023 · Dikemas kini Mac 13, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kastam beberapa jam lalu telah memaklumkan bahawa cukai barangan import (LVG) bawah RM500 yang dijadualkan berkuat kuasa 1 April 2023 kini telah ditangguhkan sehingga diumumkan kelak.

Bulan Ogos tahun lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Cukai Jualan 2022 (Pindaan) untuk mengenakan barangan import bernilai rendah yang dibeli secara dalam talian.

Berkaitan

  • RUU Kenakan Cukai Barang Import Dibeli Secara 'Online' Dibentang Di Parlimen
  • RUU Cukai Barang Import Yang Dibeli ‘Online’ Lulus Dewan Rakyat
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Mula April, Beli Barang Dalam Talian ‘Import’ Bawah RM500 Kena Cukai
  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini

Ia selari dengan pengumuman oleh Tengku Zafrul dalam Bajet 2023 yang memegang jawatan menteri kewangan waktu itu, yakni sebelum PRU 15.

Jadi, kita juga tidak pasti bilakah ia akan dilaksanakan memandangkan ini kali kedua ia ditunda. Ia sepatutnya dilaksanakan 1 Januari 2023 namun ditunda ke 1 April dan kini tiada tarikh terbaharu dikongsi.

shopping online scam edagang

Terdahulu, cukai ini tidak dikenakan pada barang bawah RM500 dan ia hanya dikenakan pada pengimport dan pengeluar tetapi melalui RUU baharu itu, peniaga juga perlu membayarnya.

Kadarnya dikatakan sekitar 10%.

Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen pernah berkata cukai ini akan menjadikan ‘padang sama rata’ kerana peniaga tempatan sudah sememangnya dikenakan cukai tetapi peniaga luar negara yang menjual barang mereka pada pelanggan mereka di sini tidak pula dikenakan cukai.

Sumber: Kastam

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY