Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
booster kedua

Warga Emas Lembah Klang Sudah Boleh Dapatkan Dos Penggalak Secara Walk-In Bermula Hari Ini

Posted on Januari 19, 2022

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memulakan pemberian suntikan dos penggalakan sejak November 2021 disebabkan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 yang menurun selepas 6 bulan.

Hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak untuk warga emas di Lembah Klang tanpa janji temu (walk-in sahaja).

Bermula hari ini (19 Januari 2022), 4 PPV akan terlibat untuk memberikan suntikan dos penggalak iaitu:

  • PPV World Trade Centre
  • PPV Axiata Arena, Bukit Jalil
  • PPV Ideal Convention Centre
  • Soka Gakkai Klang

Bermula hari ini, warga emas di Lembah Klang yang masih belum menerima dos penggalak boleh mendapatkan suntikan secara walk-in, tanpa janji temu di PPV berikut. #PICKBooster pic.twitter.com/GRKekafOIw

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) January 19, 2022

Untuk golongan bukan warga emas, sebelum ini aplikasi MySejahtera sudah mula memberikan tarikh temu janji sejak seminggu yang lalu.

Boleh semak aplikasi MySejahtera masing-masing untuk mengelakkan anda terlepas dos suntikan penggalak.

Sumber: JKJAV

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress