Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar vaksin COVID-19 hotline

Pindah Rumah? Ini Cara Tukar Alamat Di MySejahtera

Diterbitkan Januari 19, 2022 · Dikemas kini Januari 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas rentas negeri dibenarkan, kita dapat lihat banyak perkara kembali pada gerak kerja normal. Jadi, pastinya ada yang berubah tempat tinggal disebabkan pulang mencari rezeki di kampung, bertukar tempat kerja dan sebagainya.

Disebabkan kerajaan masih mengagihkan dos penggalak vaksin COVID-19, maka pengguna perlu mengemas kini alamat terkini supaya mendapat janji temu di PPV yang berdekatan.

Ini cara mengemas kini alamat anda di MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan “Helpdesk“
  3. Pilih bahasan dan tekan “Mula” atau “Start”.
  4. Pilih “Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya” atau ” I want to update my Name, IC/Passport, User OD or delete my account.”
  5. Pilih “Saya ingin menukar alamat rumah” atau “I want to change my home address”.
  6. Masukkan alamat rumah yang baharu.
  7. Tekan “Seterusnya” atau “Next”.

MySejahtera kemudian akan menghantar e-mel jika mereka telah menukar alamat anda dalam sistem. Untuk menyemaknya, anda boleh lihat “State ” di profil MySejahtera anda namun jika anda tukar alamat dalam negeri yang sama, maka tiada perubahan dipaparkan.

emel mysejahtera alamat

Pun begitu, kami juga sedar ada juga pengguna yang memberitahu MySejahtera masih memberikan janji temu berdasarkan alamat lama mereka walaupun profil di MySejahtera telah memaparkan negeri baru.

Walaupun isu ini masih berkemungkinan terjadi, namun sebagai pengguna kita masih perlu menggunakan saluran yang betul dan terus berhubung dengan pihak MySejahtera di Twitter misalnya, jika isu ini masih berlarutan.

Baca juga:

  • Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19
  • Warga Emas Lembah Klang Sudah Boleh Dapatkan Dos Penggalak Secara Walk-In Bermula Hari Ini
  • Ini Sebab Kenapa Interaksi MySJ Trace Pada Android Lebih Banyak Berbanding iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY