Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Drive_

Pengguna Lapor Isu Kehilangan Fail Google Drive Yang Disimpan Berbulan-Bulan

Diterbitkan November 28, 2023 · Dikemas kini November 28, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa pengguna kini melaporkan fail yang disimpan dalam Google Drive telah hilang secara tiba-tiba, secara khususnya bagi mereka yang menggunakan aplikasi Google Drive untuk desktop.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Google Kini Akan Bagi Tahu Sama Ada Aplikasi Di Play Store Selamat Atau Tidak
  • Cara Tetapkan Peringatan Tarikh Penting Dalam Google Contacts

Isu yang menjadi trending di forum sokongan Google sejak minggu lepas itu menggambarkan situasi di mana pengguna mendakwa mereka kehilangan data dan perubahan struktur folder.

Secara khususnya, seorang pengguna melaporkan fail Google Drive hilang secara tiba-tiba dan kembali kepada keadaan pada Mei 2023. Akan tetapi, fail yang dimuat naik dan/atau selepas Mei 2023 tidak dipaparkan dalam Drive.

Log aktiviti pada akaun yang terjejas juga tidak menunjukkan sebarang perubahan terkini, mengesahkan bahawa pengguna sendiri tidak memadamkannya secara tidak sengaja.

Beberapa pengguna lain turut melaporkan isu yang sama. Sebilangannya mengatakan bahawa semua fail yang dimuat naik sejak Mei 2023 telah hilang, manakala yang lain berkata masalah ini menjejaskan fail yang dimuat naik sejak setahun atau dua tahun lalu.

Apa yang perlu dilakukan jika terjejas?

Wakil Google Drive mengatakan pihaknya sedang menyiasat laporan mengenai isu tersebut.

Dalam pada itu, pengguna disarankan untuk tidak menekan “Disconnect account” dalam Google Drive untuk desktop, serta tidak membuat sebarang perubahan pada folder data Google Drive.

Google Drive

Pilihan lain, pengguna juga disyorkan untuk membuat sandaran dengan menyalin (copy) folder data aplikasi di hard drive dan sebagainya.

Sumber: Android Authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY