Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (97)

Cara Tetapkan Peringatan Tarikh Penting Dalam Google Contacts

Diterbitkan November 23, 2023 oleh Muhd Idham

Pada awal tahun yang lalu, Google Contacts telah menambah satu ciri yang dinamakan peringatan hari lahir. Namun, ciri ini secara ringkasnya hanya membolehkan pengguna menetapkan satu tarikh sahaja untuk seorang individu.

Walau bagaimanapun, Google Contacts telah membuat pembaharuan baharu di mana pengguna sekarang boleh menambah lebih daripada satu peringatan tarikh untuk satu kenalan seperti peringatan hari lahir, peringatan ulang tahun dan lain-lain.

Cara menetapkan peringatan tarikh

Mula-mula, anda perlu membuka aplikasi Google Contacts dan pilih kenalan yang anda mahu tetapkan peringatan ini. Selepas itu, tekan ikon tiga titik di bahagian atas kanan paparan kenalan dan pilih “Reminders“.

Phone Wallpaper (9)

Tekan “New Reminder“.

Phone Wallpaper (10)

Seterusnya, anda perlu tetapkan tarikh yang anda mahu untuk sesuatu peringatan tarikh itu.

Phone Wallpaper (10)
Phone Wallpaper (13)
Phone Wallpaper (14)

Selain daripada tarikh lahir, anda juga boleh tetapkan nama peringatan itu menjadi ulang tahun ataupun ubah di “Custom” ikut yang anda kehendaki. Setelah itu, tekan “Save” dan selesai.

Phone Wallpaper (12)

Tambahan lagi, pemberitahuan peringatan tarikh ini boleh diubah untuk pemberitahuan pada hari kejadian, dua hari sebelum, tujuh hari sebelum dan 2 minggu sebelum.

Phone Wallpaper (11)

Pembaharuan ini dapat dilihat tersedia dalam kemas kini Google Contacts 4.20 untuk peranti Android. Jadi, anda perlu kemas kini Google Contacts menerusi Google Play Store terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • (Ulasan) iPhone 15 Pro - Cerita Sebenar Yang Disembunyikan
  • Muat Turun Instagram Reels Kini Lebih Mudah, Ini Caranya
  • MacBook Pro OLED Dengan Ciri Skrin Sentuh Dijangka Tiba 2027

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY