Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Music Replay 2023

Pengguna Kini Boleh Akses Apple Music Replay 2023

Diterbitkan November 29, 2023 ยท Dikemas kini November 29, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini mengeluarkan Apple Music Replay 2023, iaitu rangkuman bagi lagu, artis, album dan lain-lain yang kerap diakses oleh pengguna sepanjang tahun.

Berkaitan

  • Apple Perkenal Ciri Karaoke Apple Music Sing
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Sejak Apple melancarkan Replay pada 2019, ia memberikan kemas kini utama pada tahun lepas – menjadikannya seakan Spotify Wrapped. Namun, tidak seperti Wrapped, senarai rangkuman tidak boleh diakses secara langsung melalui aplikasi Apple Music.

Sebaliknya, pengguna perlu ke laman web replay.music.apple.com dan log masuk menggunakan Apple ID. Seterusnya, pengguna boleh melihat semua statistik lagu yang didengar sepanjang tahun ini.

Sama seperti tahun lalu, Apple Music Replay memaparkan sorotan untuk top lagu, artis, album serta berapa banyak masa yang diluangkan untuk mendengar Apple Music pada 2023.

Apple Music Replay 2023_2

Selain itu, ia juga menampilkan penjejak pencapaian, yang menunjukkan sama ada pengguna mencapai sasaran tertentu sepanjang menggunakan perkhidmatan itu.

Walaupun Apple Music Replay hanya boleh diakses melalui laman web, pengguna masih boleh mendapatkan senarai main Replay 2023 dalam aplikasi Apple Music.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY