Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Music Replay 2022 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu ‘Highlight Reel’

Apple Music Replay 2022 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu ‘Highlight Reel’

Diterbitkan November 30, 2022 · Dikemas kini November 30, 2022 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah mengeluarkan Apple Music Replay bagi tahun 2022, yang memperlihatkan ciri baharu ‘highlight reel’.

Berkaitan

  • Selepas Malaysia, Harga Apple Music Student Naik Lagi Di Negara Lain
  • Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu
  • Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta

Melalui ciri highlight reel yang diletakkan pada laman utama Replay, pengguna boleh memainkan sorotan tersebut yang mengandungi lagu popular yang dimainkan pengguna, album teratas, artis popular, genre popular, tempoh muzik yang dimainkan sepanjang 2022 dan sebagainya.

apple music replay 2022

Selain highlight reel, pengguna juga boleh melihat maklumat lengkap mengenai Apple Music yang dimainkan sepanjang 2022. Sebagai tambahan, pengguna Apple Music boleh terus menyemak Replay sehingga 31 Disember untuk melihat sama ada corak pendengaran mereka berubah.

Cara semak Apple Music Replay 2022

Layari laman web replay.music.apple.com dan log masuk menggunakan Apple ID yang sama digunakan pada Apple Music.

Mainkan highlight reel atau tatal ke bawah untuk melihat maklumat lebih terperinci mengenai imbasan Apple Music bagi tahun 2022.

Sudah mencubanya? Anda juga boleh berkongsi keputusan Apple Music Replay 2022 di bahagian komen.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY