Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iphone 16 pro_siri apple intelligence

Pengguna EU Mungkin Boleh Pilih Pembantu Suara Selain Siri Sebagai ‘Default’

Diterbitkan Mei 19, 2025 ยท Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini merancang untuk memberi kebebasan kepada pengguna di Kesatuan Eropah (EU) memilih pembantu suara selain Siri sebagai pilihan default, lapor Mark Gurman dan Drake Bennett dari Bloomberg.

Dalam laporan panjang lebar mengenai kelemahan kecerdasan buatan (AI) Apple hari ini, Gurman dan Bennett menyatakan bahawa Apple merancang untuk memperkenalkan perubahan itu merentasi pelbagai platform perisian, yang berkemungkinan sekurang-kurangnya melibatkan iPhone, iPad dan Mac.

Dengan itu, pengguna di EU kelak mungkin menetapkan pembantu suara alternatif seperti Amazon Alexa atau Google Assistant sebagai pembantu suara default pada peranti Apple mereka.

Laporan tersebut mendakwa bahawa perubahan itu dibuat sebagai respons kepada peraturan EU yang semakin ketat berkaitan persaingan dalam teknologi dan perkhidmatan digital.

Sebagai rujukan, Apple setakat ini sudah membenarkan pengguna iPhone di EU menetapkan aplikasi pihak ketiga sebagai pilihan default untuk pelayar web, penghantaran mesej, navigasi dan pelbagai fungsi lain.

Baru-baru ini, Apple juga mula meluaskan pilihan menukar aplikasi default seperti pelayar web, terjemahan dan e-mel, membolehkan pengguna di luar EU menetapkan aplikasi alternatif.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • "Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi" - Eksekutif Apple
  • Apple Lawan Balik Epic: 'Kami Takkan Serah App Store Begitu Saja'
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY