Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF by Nothing

Pengguna CMF Phone Mula Terima Kemas Kini Kamera

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah antara pengguna telefon pintar CMF Phone, anda bolehlah mengemas kini segera telefon pintar anda sekarang.

CMF by Nothing mula melepaskan kemas kini baharu yang menambah baik animasi pelancar aplikasi, ciri kecerahan adaptif, ciri tangkap layar menggunakan 3 jari serta kestabilan sistem operasi.

Selain itu, CMF Phone anda juga menerima naik taraf prestasi kamera ternasuklah optimasi warna foto dan kejelasan rakaman video 4K dipertingkat.

WhatsApp Image 2025-05-02 at 16.33.24

Kemas kini baharu ini dilepaskan secara berperingkat. Tetapi anda boleh semak kemas kini baharu ini di telefon CMF Phone anda di bahagian Settings > System >  System updates bagi menyemak sama ada telefon anda sudah menerimanya.

Bagi yang belum tahu, CMF telah pun melancarkan CMF Phone 2 Pro yang berharga RM1,199. Model sebelumnya, CMF Phone 1 pula kini ditawarkan pada harga serendah RM799 sahaja.

cmf phone

Beli CMF Phone dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmomax
  • Lazada – https://invl.me/clmomb4

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Pada Harga RM1,199
  • Ini 5 Telefon Bajet Kurang Dari RM500 Setakat April 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY