Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF Phone 2 Pro 2

CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Pada Harga RM1,199

Diterbitkan April 29, 2025 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh ariff bukhari

Seperti yang dijanjikan, Nothing di bawah jenama CMF melancarkan telefon pintar terbaru CMF Phone 2 Pro.

Menerusi model ini juga, ia menjadi peranti CMF pertama yang bertaraf “Pro” dengan peningkatan ketara berbanding Phone 1.

Hadir dengan Nothing OS 3.2 berasaskan Android 15, CMF Phone 2 Pro dikuasakan cip Dimensity 7300 Pro dengan RAM 8GB dan storan pilihan 128GB atau 256GB (dengan sokongan microSD).

CMF Phone 2 Pro 3
CMF Phone 2 Pro dimuatkan dengan bateri 5,000mAh dengan jangka hayat bateri lebih panjang (90% kapasiti selepas 1,200 kitaran pengecasan) yang menyokong pengecasan 33W.

Telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP menggunakan sensor lebih besar (1/1.57”) untuk tangkapan cahaya sehingga 64% lebih baik.

CMF Phone 2 Pro juga menerima tambahan kamera telefoto 50MP (2x zum optikal, 20x zum digital) dan kamera ultra-lebar 8MP dengan terdapat lensa yang  boleh ditukar untuk makro dan efek fisheye.

Sementara kamera swafoto kekal dengan 16MP.

Di bahagian paparan pula ia menggunakan skrin 6.77” FHD+ 120Hz dengan sokongan HDR10+ dan kecerahan puncak 3,000 nits.

CMF Phone 2 Pro 4
Hadir dalam rekaan yang lebih modular, ciri baru lain CMF Phone 2 Pro termasuk kalis air IP54 dan NFC untuk pembayaran tanpa sentuh. Ia ditawarkan dalam warna Putih, Hitam, Hijau Muda, dan Jingga.

Ditawar dalam satu varian sahaja (8GB+256), CMF Phone 2 Pro sudah punboleh di beli di Malaysia pada harga RM1,199 dari stor rasmi CMF Phone 2 Pro – Nothing Malaysia.

CMF Phone 2 Pro juga tersedia untuk dipra pesan dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmoda3
  • Lazada – https://invl.me/clmoda4

Sebagai tambahan, model terdahulu, CMF Phone 1 kini ditawarkan hanya pada harga RM799 sahaja.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • POCO C71, Telefon Bajet Baharu - Harga Serendah RM269
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY