Tak semua orang nak berhabis beribu ringgit untuk beli telefon baharu — kadang-kadang cukup sekadar nak guna untuk WhatsApp, TikTok, dan telefon.
Untuk dijadikan sebagai telefon kedua, diberi kepada anak-anak dan mak ayah pun sesuai sebab telefon bajet ringkas dan sesuai untuk kegunaan ringan.
Jadi, telefon harga bajet kurang dari RM500 sangat mampu milik. Sejak awal 2025, terdapat pelbagai jenama sudah membawa masuk telefon bagi kategori ini.
Ini adalah 5 telefon pintar terbaru harga di bawah RM500 setakat April 2025.
1. Redmi A5
Baru sahaja dilancarkan 18 April lalu, Redmi A5 dilengkapi skrin besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, kamera AI dwi 32MP di belakang dengan kamera hadapan 8MP serta dimuatkan bateri 5200mAh.
Redmi A5 ditawarkan pada harga serendah RM299 (3GB RAM + 64GB storan) dan hanya RM349 bagi varian 4GB RAM + 128GB storan.
Beli telefon pintar Redmi A5 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmodqv
2. POCO C71
POCO C71 juga baru sahaja dilancarkan 24 April lepas, ia juga dilengkapi skrin besar 6.88 inci dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, sistem kamera dwi AI 32MP, dimuatkan dengan berkapasiti 5,200mAh.
POCO C71 ditawarkan pada harga serendah RM299 (3GB RAM + 64GB storan) dan hanya RM349 bagi varian 4GB RAM + 128GB storan.

Beli telefon pintar POCO C71 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmogid
- Lazada – https://invl.me/clmogii
(Spesifikasi antara POCO C71 dan Redmi A5 adalah sangat hampir sama dari segi perkakasan dalaman mahupun reka bentuk luar, saiz dan berat)
3. realme Note 60x
Jika anda mencari telefon bajet tapi tahan lasak, realme Note 60x adalah pilihan terbaik untuk anda.
Ia dilengkapi dengan perlindungan ArmorShell dan ketahanan IP54 (tahan terhadap air percikan dan habuk).
Dari segi prestasi, Note 60x hadir dengan RAM dinamik sehingga 12GB (4GB+8GB dynamic RAM) dan storan dalaman 64GB serta skrin 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

realme Note 60x hanya berharga dari RM369 sahaja.
Beli telefon pintar realme Note 60x dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmole3
- Lazada – https://invl.me/clmolea
4. Infinix HOT 50
Infinix HOT 50 dikuasakan Helio G100 dan RAM sehingga 12GB. Dengan skrin 6.78 inci dan kadar segar semula 120Hz serta teknologi TÜV Rheinland Low Blue Light untuk mengurangkan ketegangan mata, ia sesuai dijadikan sebagai peranti permulaan untuk mereka yang mahukan pengalaman gaming ringan.
Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan 18W Advanced FastCharge dan fungsi Bypass Charging, memastikan penggunaan sepanjang hari, termasuk sesi gaming yang intensif.

Beli telefon pintar Infinix HOT 50 dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmolgi
- Lazada – https://invl.me/clmolgo
(Infinix HOT 50 semasa pelancarannya pada Disember 2024 lalu diperkenalkan dengan harga RM499. Tapi kini ia berharga RM594.)
5. nubia V70 Max
nubia V70 Max dari ZTE juga salah satu model telefon pintar taham lasak yang hadir dengan rangka keluli SUS304 dan kerangka tengah Aluminium-Titanium Alloy Die Casting, menjadikannya tahan hentakan sehingga 1.5 meter.
Dikuasakan oleh cip Unisoc T606, ia menampilkan skrin 6.9-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Dilengkapi kamera utama 50MP dengan teknologi AI seperti Lightning-fast Snapshot dan AI Magic Photos dan AI Magic Eraser bagi membuang objek yang tidak diingini dari gambar dengan mudah.

nubia V70 Max ditawarkan pada harga RM399.
Beli telefon pintar nubia V70 Max dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmolew
- Lazada – https://invl.me/clmoley
Kesimpulannya?
Tak perlu belanja besar pun nak dapat telefon pintar yang moden. Semua telefon ni sesuai untuk pelajar yang ada kekangan bajet, mak ayah, sebagai telefon kedua atau sesiapa saja yang nak sebuah telefon ringkas.
Walaupun kebanyakan model telefon pintar permulaan ini hanya menyokong rangkaian 4G, tetapi ia masih menawarkan prestasi memadai dengan bateri yang mampu tahan seharian. Mudah kata, perkara asas masih boleh dilakukan.
{suggest}