Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Kemas Kini Segera Chrome, Kecacatan Sedang Aktif Dieksploitasi

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 24, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin sebahagian besar pengguna pelayar Chrome tidak sedar bahawa pelayar mereka sedang mengalami kecacatan keselamatan yang aktif dieksploitasi penggodam ketika ini.

Sebanyak 2 kecacatan ditemui tapi hanya satu yang disahkan aktif dieksploitasi yang ditandakan sebagai CVE-2025-13223: Type Confusion in V8 sedang dieksplotasi.

Kecacatan ini boleh menyebabkan penyerang memuatkkan kod berniat jahat dalam halaman web, dan apabila dilawati, enjin V8 Chrome salah mentafsir jenis objek, yang membawa kepada pelaksanaan kod secara sewenang-wenangnya.

Ekoran itu, pengguna Chrome digesa untuk segera mengemas kini pelayar tersebut kepada versi terkini.

Chrome sentiasa memeriksa kemas kini baru, dan apabila kemas kini tersedia, Chrome akan mengaplikasikannya secara automatik.

Walau bagaimanapun, ini hanya berlaku apabila pelayar itu ditutup dan anda membukanya semula.

Jadi, jika anda belum menutup pelayar Chrome anda untuk beberapa hari, anda sepatutnya akan melihat kemas kini yang tertunda di sudut kanan atas pelayar anda, di sebelah gambar profil anda.

Kemas Kini Segera Chrome, Kecacatan Sedang Aktif Dieksploitasi
Google telah pun mula melepaskan kemas kini Chrome kepada versi stabil 142.0.7444.175/.176 untuk Windows, 142.0.7444.176 untuk Mac serta 142.0.7444.175 untuk Linux secara berperingkat.

Anda boleh semak versi pelayar Chrome anda dari bahagian Help > About Google Chrome.

Berkaitan

  • Kemas Kini Windows 11 Kini Perkenal Menu Start Dan Ikon Bateri Baharu
  • 2 Cara Mudah 'Uninstall' Kemas Kini Windows 11 Dari PC
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
©2026 WISER.MY