Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini Windows 11 Kini Perkenal Menu Start Dan Ikon Bateri Baharu

Posted on Oktober 30, 2025Oktober 30, 2025

Microsoft kini mula melepaskan kemas kini terbaru mereka menerusi KB5067036 untuk Windows 11 versi 24H2 dan 25H2.

Microsoft menyatakan ini bukan kemas kini keselamatan, tetapi menambah baik fungsi, prestasi, dan kebolehpercayaan.

Bagi pengguna PC AI Copilot+, anda menerima beberapa ciri baharu antaranya adalah “Click to Do” yang membolehkan pengguna boleh menterjemah teks, menaip arahan (prompt) tersuai terus ke dalam kotak teks serta menukar unit ukuran seperti jarak, suhu dan kelajuan.

Selain itu, kemas kini KB5067036 juga memperkenalkan rupa menu Start Windows.

Microsoft berkata, Menu Start yang direka semula ini dibina untuk membantu anda mengakses aplikasi dengan lebih cepat dan lancar.

Susun atur yang direka semula ini menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk mencari apa yang diperlukan.

Butang pintasan bagi mengakses ciri Phone Link juga tersedia di menu Start baharu (lihat anak panah).

Selain itu, Microsoft turut memperkenalkan ikon bateri baharu untuk Windows 11.

Ikon bateri baru ini kini dengan penunjuk warna dan peratusan bateri, sekali gus memudahkan anda untuk memeriksa status pengecasan peranti dan tahap bateri.

Apabila ikon bateri anda berwarna hijau, ini menunjukkan bahawa PC anda sedang dicas dan berada dalam keadaan baik.

Ikon bateri berwarna kuning akan memberitahu anda bahawa PC anda sedang menggunakan bateri dalam mod penjimatan tenaga – ini berlaku secara automatik apabila bateri anda kurang daripada atau sama dengan 20% untuk menjimatkan tenaga.

Apabila ikon bateri berwarna merah pula bermakna, baki bateri anda sangat rendah dan anda harus menyambungkan PC anda secepat mungkin.

Sebenarnya, ikon baru bateri Windows 11 ini sudah pun mula didedahkan pada awal tahun ini lagi, tapi ia hanya mula ditawarkan sekarang.

Satu lagi ciri baru yang diperkenal adalah “Administrator protection”.

Administrator protection mengurangkan risiko malware dengan menyekat akses senyap kepada keistimewaan pentadbir.

Ciri Administrator protection mula diperkenal pada Nov 2024 lalu. Tapi baru kini ia mula ditawar kepada pengguna umum.

Ia memutuskan rantaian serangan dengan memerlukan pengesahan pengguna sebelum sebarang tindakan pentadbir dilakukan, sekali gus menghalang perisian hasad daripada membuat perubahan sistem secara automatik atau berbahaya.

Walau bagaimanapun, beberapa ciri baru dalam kemas kini ini ditawar secara berfasa.

Bermakna, tidak semua pengguna akan terus mendapat ciri baru tersebut selepas PC Windows 11 anda dikemas kini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress