Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos

Pengguna Apple Lebih Ramai Langgan Netflix Dan Amazon Prime Berbanding Apple TV – CIRP

Diterbitkan Disember 26, 2024 ยท Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terkini oleh Rakan Penyelidik Perisikan Pengguna (CIRP) mengenai perkhidmatan penstriman TV, Netflix mendominasi carta perkhidmatan penstriman utama.

Malah, didapati kira-kira tiga perempat daripada pelanggan Apple menggunakannya. Ia jauh berbeza dengan servis dari Apple sendiri menerusi Apple TV yang hanya menduduki tempat ke-7 daripada 8 perkhidmatan penstriman utama.

Perkhidmatan Video Penstriman (dua belas bulan berakhir September 2024)
Perkhidmatan Video Penstriman (dua belas bulan berakhir September 2024)

Hulu dan Amazon Prime yang masing-masing di tempat ke-2 dan ke-3 tidak jauh beza, didapati berjaya merobek kira-kira 60% ke dalam pangkalan pelanggan Apple.

Tambahan lagi, penyedia hiburan yang lebih kecil juga turut mengatasi Apple, dengan 35% hingga hampir 50% memilih untuk melanggan Disney+, Peacock dan Paramount+.

Manakala Max (dahulunya HBO) pula mempunyai bahagian yang lebih kecil, iaitu kira-kira satu perempat daripada pelanggan Apple.

CIRP menyimpulkan bahawa Apple TV akan kekal sebagai perniagaan sampingan untuk Apple. Namun, apabila jualan perkakasan terus perlahan, Apple akan lebih bergantung pada hasil perkhidmatan, termasuk Apple TV, untuk pertumbuhan dan keuntungan.

Pelaburan Apple dalam sukan langsung, terutamanya Major League Soccer dan Sunday Night Major League Baseball adalah satu langkah ke arah itu, tetapi Amazon Prime Video telah pun membuat tawaran yang kelihatan lebih besar menerusi NFL dan NBA.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia FIFA Wanita 2027 Dan 2031 Di AS
  • LG Lancarkan Servis Penstriman Muziknya Sendiri Dan Ia Percuma

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY