Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android anti curi

Google Jadikan Peranti Android Yang Dicuri Tidak Lagi Boleh Dijual

Diterbitkan Jun 19, 2024 · Dikemas kini Jun 19, 2024 oleh ariff bukhari

Google kini sedang menambah pelbagai teknologi anti-kecurian pada telefon pintar Android yang direka untuk melindungi pemilik daripada kehilangan data, kecurian identiti dan risiko lain.

Ciri baharu itu akan disediakan melalui kemas kini perkhidmatan Google Play pada akhir tahun ini yang akan diterima peranti  yang menjalankan Android 10 atau lebih baharu serta beberapa ciri eksklusif untuk Android 15.

“Kami sedang berusaha untuk mengukuhkan keselamatan peranti anda terhadap kecurian dengan ciri perlindungan baharu dan dipertingkat yang akan membuatkan pencuri berfikir dua kali untuk mencuba.” Google

Google menyatakan, 3 cara ciri baharu Android yang akan diperkenalkan itu akan boleh membantu melindungi data pengguna sebelum, semasa dan selepas kecurian.

Salah satu cara yang diperkenal adalah Google ciri tetapan semula kilang (Factory reset) yang dipertingkatkan bagi menghalang tetapan semula dibuat oleh pencuri.

Google menjelaskan, dengan peningkatan ini, jika pencuri memaksa tetapan semula peranti yang dicuri, mereka tidak dapat menyediakannya semula tanpa mengetahui kelayakan peranti atau akaun Google anda.

Ini menjadikan peranti yang dicuri tidak boleh dijual, sekali gus mengurangkan insentif untuk kecurian telefon.

Selain itu, Google membangunkan ciri baharu yang dikenali sebagai “Private space.”

Ia adalah ciri privasi baharu yang membolehkan anda mewujudkan ruang storan berasingan dalam telefon anda yang boleh anda sembunyikan dan kunci dengan PIN berasingan, memberikan anda keselamatan tambahan untuk aplikasi yang mungkin mengandungi data sensitif, seperti maklumat kesihatan atau kewangan.

Satu lagi ciri anti kecurian yang diperkenalkan adalah ciri pengesahan yang memerlukan imbasan biometrik untuk mengakses dan menukar tetapan akaun dan peranti Google, seperti menukar PIN, melumpuhkan perlindungan kecurian atau mengakses Passkeys dari lokasi yang tidak dikenali.

Screen Shot 2024-06-19 at 1.50.39 PM
Android akan melindungi akses kepada tetapan sensitif dengan menghendaki pengguna memasukkan PIN atau biometrik mereka.

Ciri anti kecurian baharu ini akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Android 15. Ciri pengesahan yang dipertingkatkan pula akan dikeluarkan untuk peranti terpilih lewat tahun ini.

Ciri lain yang turut akan dilancarkan nanti termasuklah Theft Detection Lock iaitu ciri yang menggunakan Google AI untuk mengesan jika seseorang merampas telefon anda dari tangan anda dan Remote Lock yang membolehkan anda dapat mengunci skrin telefon anda dengan hanya nombor telefon anda.

Screen Shot 2024-06-19 at 1.51.59 PM
Android menggunakan AI untuk mengunci peranti jika telefon mengesan gerakan yang boleh menunjukkan kecurian.
Screen Shot 2024-06-19 at 1.52.43 PM
Remote Lock membolehkan anda mengunci skrin peranti anda dari jauh dengan cepat

Theft Detection Lock dan Remote Lock akan tersedia untuk peranti Android 10+ melalui kemas kini perkhidmatan Google Play akhir tahun ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Malaysia Sedia Laksana Rangkaian 5G Kedua - Fahmi

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY