Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Android Kini Boleh ‘Mix & Match’ Emoji Dengan Gboard

Pengguna Android Kini Boleh ‘Mix & Match’ Emoji Dengan Gboard

Diterbitkan Februari 13, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui kemaskini terbaru dari Gboard hari ini, pengguna Android diperkenalkan dengan satu ciri baru, Emoji Kitchen. Ia membolehkan pengguna menggabungkan dua emoji sedia ada yang berbeza, kemudian menggunakannya sebagai pelekat.

Emoji Kitchen Gboard

Sebagai contoh, anda boleh menambah cermin mata kepada pelbagai emoji smiley, campurkan emoji topi koboi dan hantu, emoji monyet dengan kaktus dan lain-lain. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggabungkan beribu emoji ini dengan mana-mana sahaja. Ini bermakna, ia hanya berfungsi dengan sokongan Google sahaja di mana variasi utama adalah smiley.Pengguna Android Kini Boleh ‘Mix & Match’ Emoji Dengan Gboard

Untuk menggunakannya, anda perlu memilih mana-mana emoji smiley dan Emoji Kitchen ini akan menunjukkan gabungan yang tersedia untuk anda.

Menurut Google, Emoji Kitchen sudah mula dilancarkan melalui kemaskini yang boleh dibuat di Play Store. Buat masa ini, ia hanya tersedia bagi pengguna Android. Namun, bagi pengguna lain, anda boleh menyertai program Gboard Beta untuk mendapatkan Emoji Kitchen.

Sebaik anda menerima ciri baru ini, ia boleh digunakan dalam aplikasi seperti Gmail, Messenger, Snapchat, Telegram, WhatsApp dan lain-lain.

Sumber: Google Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY