Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GENTARI EV

Pengendali Stesen Pengecas Elektrik Perlu Ada Lesen Sebelum 31 Mac 2023

Diterbitkan Disember 19, 2022 ยท Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Suruhanjaya Tenaga (ST) meminta pengendali pengecas kereta elektrik atau charge point operator (CPO) untuk mendapatkan lesen sah bagi pepasangan Sistem Pengecas EV (EVCS) di Malaysia, selewat-lewatnya 31 Mac 2023.

Ini juga termasuklah untuk stesen pengecas yang sudah beroperasi selama ini.

shell-hpc-tangkak station-1
Stesen HPC Shell di Tangkak, Johor.

“Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(1)(b) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan 2015) [Akta A1501] yang menyatakan lesen akan diberikan kepada CPO yang menjalankan aktiviti pembekalan elektrik bagi tujuan komersial mengikut lokasi pemasangan, bagi tempoh 10 tahun,โ€ menurut kenyataan.

Berkaitan

  • Setel Untuk Pengecasan Kereta Elektrik, Ini Kadar Dan Lokasi
  • Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun
  • Gentari Sedang Menawarkan Pengecasan Pantas Percuma Untuk Kenderaan Elektrik
  • Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi 'Top 5'

Skop pelesenan ST bagaimanapun hanya mengawal selia aspek keselamatan dan teknikal sahaja dan tidak melibatkan aspek kawal selia ekonomi.

Pengendali yang mengoperasi pepasangan sistem pengecas kereta elektrik tanpa lesen sah dari ST adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 37(5) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447].

pepasangan dbp

Di bawah peruntukan itu, jika didapati bersalah CPO, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY