Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elektrik tnb (2)

Beberapa Kawasan Seluruh Semenanjung Terputus Bekalan Elektrik

Diterbitkan Julai 27, 2022 · Dikemas kini Julai 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

KEMAS KINI: TNB memberitahu bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya pada jam 3:02 petang tadi. Siasatan mendapati gangguan bekalan yang bermula pada jam 12:39 tengahari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut memandangkan kawasan mereka terutamanya pusat membeli-belah secara tiba-tiba mengalami isu bekalan elektrik.

Lebih parah, gangguan ini bukan terhad di Lembah Klang tetapi juga negeri-negeri lain termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan.

Antara kawasan terlibat ialah Sungai Petani, Serdang, Bandar Tun Razak, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras, Panchor, Bandar Indera Mahkota, Bandar Sunway, Puchong, Banting, Shah Alam, Seremban, USJ, Putra Heights, Bayan Lepas, Ipoh, Seri Kembangan, Hulu Langat, Bera, Bukit Damansara.

TNB baru saja mengeluarkan kenyaataan rasmi mengatakan gangguan ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Menurut TNB, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Ini mengingatkan ramai kepada situasi yang pernah berlaki pada tahun 1996 dulu di mana seluruh Semenanjung terputus bekalan.

Kami akan terus mengemas kini berkenaannya dari masa ke masa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY