Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
porsche taycan (2)

Porsche Bangunkan Teknologi Yang Boleh Ramal Kerosakan Kereta Ikut Gaya Pemanduan

Diterbitkan November 5, 2021 · Dikemas kini November 5, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Industri automotif dalam dekad ini bukan sahaja memfokuskan berkenaan kejuruteraan mekanikal semata-mata namun juga mengikut arus digitalisasi dengan menyertakan teknologi terkini pada kenderaan mereka. Tidak perlu bercakap tentang Tesla sahaja, pengeluar lain seperti Porsche juga tidak ketinggalan mengimplimentasikan kepintaran buatan pada jentera mereka.

Terbaru, Porsche kini dikatakan dalam proses pembangunan teknologi ‘digital twin’ pada kenderaan mereka di mana sebuah salinan maya (virtual copy) tersedia untuk setiap kenderaan. Dengan kembar digital ini, status dan keadaan dalaman dapat dipantau tanpa perlu ke bengkel mahupun membuka bonet.

Dalam pada itu, ia memudahkan pemilik kerana kereta mereka tidak perlu lagi diservis secara berkala sebaliknya hanya bila perlu dan melibatkan bahagian yang terjejas. Algoritma yang dibantu sensor dan data raya (big data) dapat meramal kerosakan serta mengesyorkan servis berdasarkan gaya pemanduan pengguna.

Teknologi ini dijangka akan dilancarkan Porsche pada tahun hadapan dengan sebahagian daripada pemilik model Taycan sudah secara sukarela menyertai percubaan sistem kembar digital ini. Selain membantu pengeluar dan pemilik memantau kereta mereka, rekod digital ini juga dapat membantu dalam menentukan nilai kenderaan mereka untuk urusan jual semula kelak.

Sumber: Engadget

Baca juga:

  • Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
  • Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei
  • Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY