Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eKinekt BD 3 Lifestyle (2)

Bersenam Sambil Jana Elektrik Untuk Cas Peranti, Inilah Acer eKinekt BD 3

Diterbitkan Januari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Acer dalam acara CES 2023 telah memperkenal peralatan hibrid yang membolehkan pengguna mengecas peranti dengan tenaga elektrik yang dijana melalui kayuhan. Ia dinamakan eKinekt BD 3.

‘BD’ di sini dipercayai merujuk pada ‘bike desk’ iaitu jenis peralatan ini — basikal dan meja.

eKinekt BD 3 Lifestyle (2)

Ia mempunyai 2 mod di mana satunya anda boleh mengayuh sambil melakukan kerja di komputer riba sambil dicas.

Satu lagi mod pula khas untuk anda bersenam dengan mengayuh saja dengan meja untuk memegang komputer riba itu dialihkan.

Selain itu, beberapa bahagiannya menggunakan plastik kitar semula (PCR).

eKinekt BD 3 Lifestyle (1)

Bike desk ini juga datang dengan 3 port iaitu 1 USB-A dan 2 USB-C untuk pengguna caj beberapa peranti dalam satu masa.

Tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai tempat letak minuman dan cangkuk beg.

eKinekt BD 3 Lifestyle (3)

Dalam pada itu, peralatan hibrid ini turut hadir dengan paparan LCD dan aplikasi di telefon yang memaparkan maklumat senaman mereka, kalori dibakar, watt dijana dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan, 'Laptop' 30% Dari Bahan Kitar Semula
  • (Ulasan) Acer Swift 5 - Komputer Riba Premium Yang Masih Mampu Milik
  • Acer Lancar Predator Orion 7000 'Gaming Desktop' Versi Intel Gen-13
  • Acer Lancar Aspire Vero Baharu, Harga Bermula RM2599
  • Acer Swift 3 OLED Dan Aspire 7 Mula Dijual Di Malaysia, Harga Bermula RM3,899

Buat masa ini, Acer Malaysia masih belum mendedahkan harganya untuk pasaran Malaysia mahupun ketersediaaannya. Di Eropah, ia berharga €999 iaitu sekitar RM4,650.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY