Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
setel apple watch

Tak Perlu Telefon, Pengguna Setel Kelak Boleh Isi Minyak Terus Daripada Apple Watch

Diterbitkan April 26, 2022 ยท Dikemas kini April 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siapa yang tak kenal Setel? Aplikasi daripada Petronas yang tujuan utamanya memudahkan pengguna mengisi minyak hanya melalui aplikasi di telefon pintar.

Mengorak langkah ke depan, Setel di akaun di Twitter memberi bayangan bahawa aplikasi tersebut akan hadir ke platform Apple Watch iaitu watchOS kelak.

Ini bermakna pengguna dapat mengisi minyak di Petronas dengan tangan mereka (seperti biasa) namun langsung daripada jam tangan Apple Watch mereka tanpa menyentuh telefon seperti sekarang.

Setel Apple Watch
Sumber: Lowyat.net daripada Melan Yapa.

Lowyat.net berjaya mendapatkan antara muka untuk aplikasi tersebut daripada halaman milik Melan Yapa, salah seorang pembangun Setel namun ia telah dikunci dan tidak dapat diakses.

๐ŸŽโŒš

Stay tuned.

— Setel (@setel) April 25, 2022

Berdasarkan imej tertiris, cara menggunakannya sama saja seperti menavigasikan Setel pada telefon. Tiada sebarang imbasan mahupun sentuhan diperlukan untuk pembayaran.

Setel Apple Watch
Antara muka Setel di watchOS. Sumber: Lowyat.net Sumber: Lowyat.net daripada Melan Yapa.

Menurut sumber, ia dijadual untuk dilepaskan pada Disember lalu namun akan hadir tidak lama lagi kerana twit daripada Setel semalam.

Ini pastinya berita gembira buat pengguna kerana memberi mereka lebih banyak pilihan untuk mengisi minyak.

Sumber: Amanz, Lowyat.net

Baca juga:

  • Setel Kini Sokong Pembayaran ‘Parking’ Kereta, Ini Cara Nak Guna
  • Setel Pun Boleh Hantar Barang, Ini Lokasi Yang Ada Setel Express
  • Kami Nak Bagi Duit Raya! Jawab Dengan Betul Semua Soalan Kuiz Raya Wiser

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY