Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
setel express

Setel Pun Boleh Hantar Barang, Ini Lokasi Yang Ada Setel Express

Diterbitkan Februari 25, 2022 · Dikemas kini Februari 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Setel merupakan aplikasi yang dibina Petronas untuk memudahkan pengguna mengisi minyak di stesen minyak mereka di samping menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Kini, Setel Express melalui aplikasi Setel dilancarkan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan serendah RM5 setiap bungkusan. Empat perkhidmatan tersedia melaluinya iaitu penghantaran dari pintu ke pintu, pintu ke hab, hab ke pintu dan hab ke hab.

“Hab” di sini bermakna pelanggan meletak atau mengambil barang dari pusat pengumpulan iaitu stesen minyak Petronas manakala “pintu” bermaksud pihak Setel Ekspress sendiri akan mengambil atau menghantar terus kepada anda.

Buat waktu ini, tiga lokasi yang menawarkan Setel Ekspres ialah Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Ini senarai hab Setel Express:

Lembah Klang
  • PETRONAS Tmn. Putra Ampang
  • PETRONAS Damansara Jaya 2
  • PETRONAS Solaris Serdang
  • PETRONAS Taman Daya (temporary location)
  • PETRONAS Temasya
  • PETRONAS Unikeb 2 Bangi
  • PETRONAS Nuri Pandamaran
  • PETRONAS Jenjarom
Johor
  • PETRONAS Mutiara Rini
  • PETRONAS Lebuh Desa Cemerlang
Pulau Pinang
  • PETRONAS Bagan Ajam
  • PETRONAS Farlim

Untuk pengambilan barang dari hab (self pick up), hab beroperasi setiap hari kecuali Ahad, jam 9 pagi – 6 petang.

setel express operation hours

Manakala bagi pengambilan dan penghantaran terus kepada pelanggan pula, anda boleh rujuk di sini untuk poskod yang mempunyai capaian Setel Express.

Untuk butiran lanjut mengenai Setel Express, anda boleh ke laman rasminya.

Baca juga:

  • Bukan Hanya Untuk Isi Minyak, Setel Kini Boleh Diguna Untuk Kedai Juga
  • Apa Yang Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi Setel Di Kedai Mesra?
  • Shopee: Tiada Lagi Caj Penghantaran Untuk ‘Self-Collection’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY