Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
isi minyak dgn app shell asia 2

Kami Cuba Isi Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia, Ini Hasilnya

Diterbitkan Ogos 7, 2023 · Dikemas kini Oktober 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Akhirnya, Shell sudah hadir dengan aplikasi yang bolehkan kita bayar minyak di telefon setelah sekian lama Petronas mendominasi dengan Setel.

Buat masa ini, ia masih pada tahap ujian tetapi jangan risau kerana ia berfungsi dengan baik dan boleh digunakan semua orang.

Kami sendiri sudah mencubanya dan ya, kami berjaya isi minyak dengan aplikasi Shell Asia, sama seperti Setel di Petronas. Tekan-tekan telefon, terus boleh keluar angkat nozel.

Pun begitu, bukan semua stesen Shell menyokong aplikasi ini setakat ini.

Jadi, sebelum saya kongsikan cara bayar minyak dengan aplikasi Shell Asia, saya tunjuk dulu cara daftar akaun dan semak stesen terdekat anda yang sokong Shell Asia kerana ia langkah wajib.

Muat turun aplikasi Shell Asia

Pertama sekali, muat turun dulu aplikasi Shell Asia.

  • Google Play Store – SINI
  • Apple App Store – SINI

guna shell app asia

Daftar akaun sebelum ke stesen minyak

  1. Pilih Malaysia.
  2. Tekan ‘Register‘ (melainkan anda pernah ada akaun) dan isi saja maklumat dia minta seperti nombor telefon, OTP, nama, dll.
  3. Tekan ‘Skip’.
  4. Jika anda belum ada kad Bonuslink, ia akan cipta untuk anda.
  5. Tambah kad debit/kredit.
guna shell app asia
guna shell app asia
guna shell app asia
guna shell app asia – 7
guna shell app asia

Selain itu, juga anda daftar akaun Shell ini dengan nombor telefon yang sama dengan akaun Bonuslink, maka ia akan dipaut secara automatik.

Sekarang, anda sudah bersedia. Namun, pastikan dulu sama ada stesen minyak tersebut sokong atau tidak.

Cara semak stesen minyak Shell yang sokong Shell Asia

Nak tahu stesen Shell mana yang diitegrasi dengan aplikasi ini?

Buka aplikasi Shell Asia -> Station -> Filter -> Shell App -> kembali

Peta akan tunjukkan stesen Shell terdekat yang sokong isian minyak dengan Shell Asia. Anda juga boleh cari di petak carian seperti masukkan “Cyberjaya”.

cari stesen minyak sokong shell app
cari stesen minyak shell app – 2

Isi minyak dengan Shell Asia di stesen Shell

Inilah langkah yang dinanti-nanti.

  1. Dalam aplikasi, di “Home”, tekan “Pay for Fuel“
  2. Masukkan nombor pam (satu angka pun boleh).
  3. Masukkan jumlah isian minyak (RM) yang anda mahu isi seperti RM60.
  4. Tekan “Confirm payment” melainkan anda mahu tukar kad debit/kredit.
  5. Tekan “Confirm payment” sekali lagi.
  6. Masukkan kod TAC/OTP/MSOS yang dihantar melalui SMS.
  7. Selesai, pam anda sudah diaktifkan.
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia
isi minyak app shell asia

Sekarang anda boleh keluar dan isi minyak. Anda diberi masa 4 minit untuk isi angkat nozel.

Anda boleh dapatkan resit di “Transactions”.

resit shell asia- 1

Maklumat tambahan

Antara perkara yang melecehkan adalah ia perlu melalui payment gateway eGHL yang mewajibkan kod SMS MSOS/TAC/OTP daripada pengeluar kad debit/kredit. Ini berbeza dengan Setel.

Selain itu, ia juga tidak mempunyai ciri e-dompet lagi seperti Setel Wallet, jadi setiap transaksi harus melalui pengesahan dengan kod SMS seperti saya sebut di atas.

sms shell asia

Justeru, ia mengambil masa jauh lebih lama berbanding Setel yang ada ciri CardTerus dan e-dompet.

Dalam pada itu, anda juga harus aplikasi Shell Asia hanya boleh dilog masuk di 1 peranti 1 masa, sama seperti Setel dan kebanyakan aplikasi lain yang melibatkan kad debit/kredit atau akaun bank.

Berkaitan

  • Apa Yang Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi Setel Di Kedai Mesra?
  • Kereta Elektrik Gabungan Teknologi Honda Dan Sony Akan Diperkenal 3 Tahun Lagi
  • Setel Kini Tersedia Pada Apple Watch, Isi Minyak Terus Dari Jam
  • Aplikasi Setel Kini Boleh Setelkan Masalah Kereta Terkunci, Bateri 'Kong' Dan Minyak Habis Ditengah Jalan
  • Setel Kini Sokong DuitNow QR, Boleh Guna Untuk Pembayaran Di Kedai
  • Setel Lite Hanya Sebesar 7.9MB, Ini Bezanya Dengan Setel Biasa

Antara kekurangan lain juga termasuklah isian minyak dengan ukuran liter masih belum disokong setakat ini.

Jika anda isi minyak sebelum ia capai amaun anda tetapkan, anda hanya dicaj amaun yang anda telah tetapkan awal dan refund akan dibuat selepasnya (mungkin beberapa hari).

Antara isu kecil yang saya perasan ialah selepas habis isian minyak, ia masih mengira detik countdown, seolah-olah saya belum mengisi minyak lagi.

Namun, ia hanya terjadi kali pertama. Jadi, saya tak pasti apakah disebabkan iOS, masalah pam atau hanya bugs yang telah diselesaikan kerana isu ini tidak lagi berlaku pada kali kedua saya gunakan Shell Asia.

Akhirnya, saya lupuskan aplikasi daripada background. Buka balik, ia masih belum rekod transaksi. Hanya selepas beberapa jam barulah isian minyak saya tadi masuk dalam ‘Transactions”.

Namun, secara keseluruhannya, aplikasi ini agak lancar dan bagus untuk tahapnya sekarang yang belum matang sepenuhnya.

Jika anda mahu beli minyak pelincir dan sebagainya daripada Shell di Shopee, klik SINI.

Sedang mencari car phone holder? Boleh cuba lihat di Shopee Mall melalui pautan INI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY