Seorang pengguna Tesla, Matt Smith telah memuat naik sebuah video di Twitter dengan nada kecewa ditujukan kepada Elon Musk. Dalam video tersebut, Matt menunjukkan dia yang cuba membuka pintu Tesla-nya namun gagal kerana pemegang pintu keretanya beku dan tersekat dengan salji.
Jika anda belum pernah melihat pemegang pintu kereta Tesla, ia menggunakan konsep minimalis di mana sesetengahnya memerlukan pengguna perlu menekannya terlebih dahulu sebelum pemegangnya dikeluarkan untuk membukanya. Secara tidak langsung pemegangnya seolah-olah tertanam bersama badan kereta.
Ia tidak seperti kereta biasa yang pemegangnya di luar, sedikit terasing daripada badan kereta.
Namun, rekaan yang minimalis nampaknya tidak cukup praktikal di saat-saat genting. Matt mencadangkan Elon Musk untuk membolehkan pengguna membuka pintu kereta melalui aplikasi.
Today was my first time experiencing the frozen door handle of doom. @elonmusk can we add an option to open the door from the app? pic.twitter.com/t8eBWnWFZD
— Matt Smith (@MatchasmMatt) February 5, 2022
Bagaimanapun, Matt selepas itu menjelaskan dia telah berjaya masuk ke dalam kereta melalui pintu penumpang. Dia juga menjumpai penyelesaian iaitu dengan mengetuk-ngetuk pemegang tersebut dahulu untuk menggugurkan salji yang tersekat.
Ramai pengguna Twitter lain memerliĀ Tesla kerana menganggap ia suatu yang kelakar yang terjadi pada sebuah kereta yang dianggap begitu berteknologi tinggi.
Curious for those coming across this tweet, which description best describes your view on Tesla?
— Matt Smith (@MatchasmMatt) February 8, 2022
Melalui undian yang menghimpunkan 20,000 individu oleh Matt, ramai berpendapat Tesla merupakan jenama yang teruk.
Sumber: Matt Smith
Baca juga: