Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g ___

MNO Terlibat Bangunkan Rangkaian 5G Kedua Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi – Fahmi

Diterbitkan September 4, 2024 ยท Dikemas kini September 4, 2024 oleh Amalina Athman

Pengendali yang akan terlibat untuk membangunkan rangkaian 5G kedua dijangka diumumkan beberapa minggu lagi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memuktamadkan penelitian mengenai proses tender yang bermula 1 Ogos lepas.

“Kita jangka dalam masa beberapa minggu ini satu pengumuman dapat dibuat mengenai siapa yang akan terlibat dalam membangunkan rangkaian 5G kedua.”

Menurutnya, beberapa prinsip telah diketengahkan dan dipersetujui oleh semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) sebelum mereka memiliki pegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Antaranya termasuk perkhidmatan yang diberikan oleh rangkaian 5G kedua tidak seharusnya lebih mahal, dengan mutu perkhidmatan perlu sebaik atau lebih baik daripada yang disediakan oleh DNB.

Pada 15 Ogos lepas, Fahmi berkata empat MNO telah mengemukakan bidaan tender rangkaian 5G kedua kepada MCMC.

Berkaitan

  • Pemilihan MNO Untuk Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Akhir Tahun Ini
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • Empat MNO Kemuka Bidaan Tender Rangkaian 5G Kedua

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY