Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluaran OnePlus 5 Akan Dihentikan

Pengeluaran OnePlus 5 Akan Dihentikan

Diterbitkan November 21, 2017 oleh Wiser MY

Kos operasi sesuatu syarikat teknologi boleh melibatkan satu kos yang tinggi lebih-lebih lagi jika syarikat tersebut beroperasi di dalam skala yang kecil. OnePlus merupakan sebuah syarikat pembuat telefon pintar dari China yang bergantung sepenuhnya terhadap hasil jualan peranti telefon pintar mereka.

Strategi mereka yang menawarkan peranti telefon pintar utama pada harga yang murah dari kebanyakkan pesaing mereka membolehkan syarikat ini memperoleh sedikit pegangan dalam segmen telefon pintar Android di dalam pasaran global.

Mereka telah menghentikan pengeluaran peranti OnePlus 5 dan akan memfokuskan usaha mereka di dalam OnePlus 5T. Ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian kerana sebelum ini OnePlus 3 juga dihentikan pengeluaran selepas beberapa bulan peranti OnePlus 3T menemui pengguna.

Pengeluaran OnePlus 5 Akan Dihentikan

Keputusan mereka adalah kerana mereka tidak mampu menampung kos pengeluaran dan inventori untuk beberapa model peranti mereka. Mereka walau bagaimanapun masih meneruskan usaha mereka dari segi kemaskini perisian.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY