Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Xiaomi Mi 7

Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Xiaomi Mi 7

Diterbitkan Januari 3, 2018 ยท Dikemas kini Januari 3, 2018 oleh Wiser MY

Akhirnya, setelah sekian lama fungsi pengecasan tanpa wayar disokong oleh peranti-peranti perdana lain, Xiaomi Mi 7 akan turut sama menyokong fungsi ini. Perkara ini disahkan oleh Xiaomi menerusi saluran rasmi WeChat mereka.

Xiaomi dikatakan akan bekerjasama dengan satu syarikat dari Amerika Syarikat, Integrated Devices Technology dalam mendapatkan modul pengecasan tanpa wayar. Tidak dinyatakan jenis pengecasan tanpa wayar yang disokong tetapi kemungkinan besar ialah pengecesan tanpa wayar Qi.

images (1)

Xiaomi Mi 7 hadir dengan cip SoC Qualcomm Snapdragon 845 dengan 6GB RAM. Panel paparan Mi 7 dikatakan akan dibuat oleh Samsung dan panel OLED itu dikhabarkan berukuran 6-inci bersama rekaan bingkai nipis. Harga yang ditawarkan pula adalah dalam lingkungan RM 1,600. Butiran spesifikasi masih lagi tidak disahkan secara rasmi namun dengan ura-ura Xiaomi akan mengumumkan peranti ini di bulan April, banyak lagi pendedahan yang boleh dipercayai akan keluar beberapa bulan selepas ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY